Sokong Bia Bijok, Napok Bijok, Betindok Bijok, Main Bijok, Bijok Sokmo.....Gomo Kelate Gomo

Sabtu, 1 Disember 2012

Malaysia kalahkan Indonesia 2-0

TRWFC


Malaysia mengesahkan tiket ke separuh akhir Piala AFF Suzuki selepas menewaskan Indonesia 2-0 dalam perlawanan terakhir kumpulan B.

Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil itu, Malaysia meraih gol menerusi Azamuddin Akil di minit ke 26, sebelum Mahali Jasuli muncul menghadiahkan gol kedua negara empat minit kemudian.

Perlawanan sangat agresif dipamerkan oleh kedua-dua pasukan dengan masing-masing berbalas serangan sepanjang perlawanan.

Bagaimanapun, Indonesia jelas kerap melakukan asakan bertali arus di penghujung babak kedua, namun Malaysia mampu bertahan untuk mengekalkan kedudukan 2-0 hingga tamat perlawanan, sekaligus mara ke separuh akhir.

Malaysia mendudduki tangga kedua kumpulan B, dibelakang Singapura yang menewaskan Laos 4-3 di Stadium Shah Alam. Ini bermakna Malaysia akan berdepan Thailand manakala Singapura akan berdepan Filipina di peringkat separuh akhir.


Senarai pemain:

MALAYSIA: Mohd Farizal Marlias, Mahalli Jasuli, Muhammad Zubir Mohd Azmi, Mohamad Aidil Zafuan Abdul Radzak, Mohamad Fadhli Mohd Shas, Safiq Rahim (Kapten), Mohd Shakir Shaari (Gary Steven Robbat), Wan Zack Haikal Wan Nor, Azamuddin Mohd Akil (Ahmad Fakri Saarani), Norshahrul Idlan Talaha (Amar Rohidan), Mohd Safee Mohd Sali.
    
INDONESIA: Wahyu Tri Nugroho, Vendry Ronaldo Mofu, Raphael Guillerm Eduardo Maitimo, Novan Setya Sasongko, Nopendi, Fachruddin Wahyudi Aryanto, Taufiq, Elie Aiboy (Kapten)(Andik Vermansyah), Samsul Arif Munip (Jhonny Rudolf Van Beukering), Oktovianus Maniani (Tonnie Harry Cusell), Irfan Haarys Bachdim.  
  

Pengadil: Kovalenko Valentin (Uzbekistan)



Untuk Tahu Lebih banyak Info TRW Yg Menarik Tekan Button Follow Di Bawah

Copyright © 2012-2013 The Red Warriors Fan Club