Sokong Bia Bijok, Napok Bijok, Betindok Bijok, Main Bijok, Bijok Sokmo.....Gomo Kelate Gomo

Jumaat, 30 November 2012

Fakta Bola Sepak Kelantan Yang Perlu Anda Ketahui

TRWFC
Salam Treble.

Jika ada 10-15 minit, dipersilakan baca post ini. Jika x, abaikan saja.

Merujuk kenyataan Datuk Alwi Ahmad, YB Kok Lanas merangkap Ketua Pembangkang DUN Kelantan semasa Perbahasan Ucapan Dasar Presiden UMNO di PWTC pada Khamis, 29 November 2012.

1- Kejayaan The Red Warriors pada hari ini adalah bukan disebabkan oleh UMNO per se, bahkan ia adalah disebabkan oleh 'perbezaan kualiti kepimpinan dalam menguruskan bola sepak daripada kepimpinan UMNO.'

2- Seingat saya, Presiden KAFA tidak pernah diisi oleh PAS, sama ada ketika parti itu menjadi Pembangkang di Kelantan apatah lagi sejak 1990 apabila PAS memerintah Negeri.

3- Pada tahun 1986-1990, bola sepak Kelantan di'Presiden'kan oleh Datuk Haji Ahmad Rastom Ahmad Maher yang merupakan Timbalan Menteri Besar Kelantan ketika itu. Di mana hebatnya bola sepak Kelantan pada zaman beliau?

4- Kemudiannya pada tahun 1991 apabila tampuk kepimpinan Kerajaan Negeri bertukar tangan, bola sepak Kelantan di'Presiden'kan oleh Datuk Wan Hashim Wan Daud yang merupakan orang UMNO tetapi masih memegang jawatan ini atas kapasiti sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang sememangnya jawatan SUK ini adalah daripada lantikan Kerajaan Pusat mengikut Perlembagaan Negeri. Zaman ini juga boleh dianggap sebagai zaman yang paling bermasalah apabila selalu sahaja berita-berita bola sepak Kelantan menghiasi dada-dada akhbar dengan tunggakan gaji pemain dan prestasi pasukan yang tidak menentu bahkan Kelantan pula selalu sahaja mendominasi kedudukan 5 tercorot Liga. Legenda Kelantan, Zahasmi Ismail atau Hashim Mustapha tentu ada banyak lagi cerita tentang zaman kepimpinan Datuk kita ini. Di mana hebatnya bola sepak Kelantan pada zaman beliau?

5- Bermula 2004, bola sepak Kelantan di'Presiden'kan pula oleh Datuk Jazlan Yaakub, Ketua UMNO Machang. Apa yang menarik, setahun selepas itu iaitu pada tahun 2005, Kelantan terhumban ke Liga FAM (level Liga yang paling tercorot dalam kancah bola sepak Malaysia) apabila Kelantan menduduki tangga tercorot dalam Liga Perdana. Di mana hebatnya bola sepak Kelantan pada zaman beliau?

6- Hanya pada tahun 2007, bola sepak Kelantan diberikan nafas baru apabila Tan Sri Haji Annuar Musa mula mengambil alih teraju. Ia dipacu selaras dengan visi dan misi beliau untuk menaikkan imej bola sepak Kelantan yang mana akhirnya telah menjadikan kita gah dan digeruni sehingga ke saat ini. Itupun terpaksa mengambil masa selama 2 tahun apabila hanya pada 2009 Kelantan berjaya melangkah ke Perlawanan Akhir walaupun tewas kepada Selangor dalam Piala FA dan Negeri Sembilan dalam Piala Malaysia. Tahun 2010 pastinya terpahat kukuh dalam memori sehingga kini apabila pada tahun inilah bola sepak Kelantan berada di kemuncaknya setelah berjaya merangkul Piala Malaysia buat pertama kalinya dalam sejarah, setelah kecewa pada Final tahun 1970 (kalah kepada Perak 0-2) dan Final tahun sebelumnya, 2009 (kalah kepada Negeri Sembilan 1-3). Pada 2011 ; Kelantan memulakan kempen dengan bergaya apabila berjaya merangkul Piala Sumbangsih dan Liga Super, kedua-duanya juga buat kali pertama dan ia dilengkapkan lagi dengan kejayaan Treble pada tahun ini apabila mempertahan gelaran Liga Super, menjulang kali pertama Piala FA dan kejayaan di Piala Malaysia melengkapkan dengan sempurna misi Treble yang diidam-idamkan.

7- Hakikatnya, bola sepak Kelantan pernah jatuh dan naik hasil daripada kebijaksanaan Pimpinan Persatuan yang takdirnya kesemuanya daripada UMNO. Untuk mengatakan hanya UMNO yang menaikkan bola sepak Kelantan (jenamanya ialah TRW) dan bukannya PAS adalah kenyataan yang fantasi, memandang sejarah dengan sebelah mata dan berhati busuk memandangkan Kerajaan Negeri dan Penyokong-Penyokong yang ada sebahagiannya daripada Penyokong PAS juga memberikan sumbangan, sama ada secara langsung atau tidak langsung, dari sekecil-kecil nilai melalui harga tiket dan pembelian jersi bola sehingga ke sebesar-besar nilai melalui pakej umrah.

8- Kenyataan bahawa Kerajaan Negeri Kelantan tidak menyumbangkan satu sen kepada bola sepak Kelantan juga adalah satu kenyataan berbaur kebencian, songsang dan lari dari fakta asal.

9- Pada 2009, Kerajaan Negeri mengumumkan pakej umrah kepada pemain/pegawai pasukan dan wang tunai dengan nilai yang sama kepada pemain-pemain yang bukan beragama Islam walaupun hanya menjadi Naib Juara Piala FA dan Piala Malaysia.

10 – Pada 2010, Kerajaan Negeri menghadiahkan RM 200,000 kepada pemain dan pegawai pasukan sebagai tanda penghargaan kepada pahatan sejarah kali pertama merangkul Piala Malaysia.

11- Pada 2011, Kerajaan Negeri turut menyampaikan sumbangan tunai (x ingat berapa) hasil kejayaan menjadi Juara Piala Sumbangsih dan Liga Super kepada pemain/pegawai pasukan yang ironinya majlis tersebut tidak dihadiri oleh Presiden dan hanya diwakili oleh Pengurus Pasukan, Tuan Haji Azman Ibrahim.

12- Pada 2012, dengan Kejuaraan Treble dirangkul, Kerajaan Negeri sekali lagi menyediakan pakej umrah kepada pemain/pegawai pasukan dan wang tunai dengan nilai yang sama kepada pemain-pemain yang bukan beragama Islam.

13- Di sebalik kata-kata hinaan yang dilontarkan, sepatutnya Datuk Alwi menghamburkan pujian kepada Kerajaan Negeri yang masih lagi berkemampuan untuk memberikan sumbangan kepada bola sepak Kelantan dalam keadaan kekangan kewangan yang terhad termasuk Royalti yang langsung tidak diberikan bahkan masuk pula melalui 'pintu-pintu tikus' iaitu melalui saluran Jabatan Pembangunan Persekutuan.

14- Hakikatnya, Datuk Alwi janganlah sesekali lupa tulang belakang TRW ialah Penyokong-Penyokongnya yang setia dengan 'Jersi No. 12'. Boleh jadi Datuk Alwi x pernah menonton perlawanan bola sepak yang melibatkan Kelantan apabila sentiasanya ada bendera-bendera PAS berkibaran, lebih-lebih lagi apabila melibatkan Perlawanan Akhir. Boleh jadi juga Datuk Alwi tidak pernah mengakses kepada laman sosial Presiden KAFA, Tan Sri Haji Annuar Musa yang terpaksa merayu berkali-kali kepada penonton melalui post demi post dalam pautan laman Facebooknya supaya para Penyokong tidak membawa bendera-bendera parti politik ke dalam stadium.

14- Apapun, apabila berbicara soal UMNO, entah kenapa saya asyik teringat kata-kata Sudin dalam Pendekar Bujang Lapok,"Alif Mim..,Nun tendang Wau = Sarkis."

15- Akhir sekali, Datuk Alwi janganlah lupa. Orang Kelantan lama dah hafal sifir, "wi kain, paka..wi gula, kuca..wi lembu, erek..wi kertas undi, suku kiro" + "bab bola, kito sokong Nua Muso tapi kalu bab Negeri, kito sokong rapat jik ko PAS."

16- Untuk sesiapa yang menyokong UMNO seterusnya Datuk Alwi dalam Group ini, saya mohon maaf andai post ini mengguris perasaan dan mengundang perasaan tidak senang kalian. Jika tidak setuju dengan apa yang saya katakan, balaslah dengan hujah, fakta dan sejarah yang betul..,"sokong bia bijok, napok bijok,meme bijok."
Credit:Zaki Sukery

Untuk Tahu Lebih banyak Info TRW Yg Menarik Tekan Button Follow Di Bawah

Rabu, 28 November 2012

Friendly : Kelantan Menang Aksi Persahabatan Pertama.

TRWFC
The Red Warriors mencipta kemenangan dalam perlawanan persahabatan pertama dalam kunjungan lima hari ke Australia.

Menurut maklumat dari penolong pengurus pasukan, Wan Badri Wan Omar, Sang Kijang mencapai kemenangan menyeluruh menewaskan Kelab dari negara Kanggaru itu dengan 3-0.

Gol-gol dijaringkan oleh Khairul Izuan Rosli, Norfarhan Mohamad serta Aris Zaidi.

Pada perlawanan yang berlangsung dalam keadaan padang basah selepas hujan turun sebelum dan semasa perlawanan, kedua-dua pasukan dilaporkan beraksi dengan berhati-hati.

Namun pemain Kelantan lebih bijak mengatur serangan untuk mencipta peluang seterusnya merobek gawang tuan rumah sebanyak tiga kali.

Pada perlawanan tersebut, ketua jurulatih Kelantan, Bojan Hodak telah menurunkan gabungan pemain muda dan berpengalaman untuk mengekang pemain Queensland FC. -RedsfcNews-
Untuk Tahu Lebih banyak Info TRW Yg Menarik Tekan Button Follow Di Bawah

Harapan Malaysia dalam saingan Piala AFF Suzuki kembali bernafas selepas berjaya menewaskan Laos 4-1.

TRWFC
Dalam aksi di Stadium Bukit Jalil itu skuad Harimau Malaya terlebih dahulu menjaringkan gol hasil sepakan percuma diambil Safiq Rahim di minit ke-15.

Kegembiraan penyokong negara tidak kekal lama apabila Laos berjaya menyamakan kedudukan menerusi pemain Khonesavanh Sihavong.

Jaringan tersebut dihasilkan selepas Sihavong rembatan deras terkena Aidil sebelum menewaskan Faizal Marlias.

Di minit ke 66, Stadium sekali lagi gamat apabila Malaysia meraih gol kedua hasil sentuhan Safee Sali, selepas penyerang negara itu memperoleh hantaran cantik daripada Wan Zack Haikal.

Asakan demi asakan dilakukan skuad negara akhirnya membuahkan hasil. Kali ini jaringan dilakukan oleh Wan Zack Haikal menerusi tandukan di minit ke 73 hasil hantaran S. Kunalan.

Malaysia mengukuhkan kedudukan selepas meraih jaringan keempat, selepas Khairil Muhaimeen yang dibawa masuk dari bangku simpaan menggantikan Safee Sali berjaya melarikan bola dari bawah sebelum merebat ke gawang lawan.

Gambar;Fb Aatro Arena..

Untuk Tahu Lebih banyak Info TRW Yg Menarik Tekan Button Follow Di Bawah

Kenapa Datuk K Rajagopal tk ambil pemain Kelantan main skuad Malaysia ???

TRWFC
Kenapa Datuk K Rajagopal DKRG tak suka nk amik pemain skuad Kelantan main skuad Malaysia ??? 

Persoalan yg berlegar di setiap fan kelate serta pendapat dlm fb drpd non kelantanese yg juga mempertikaikan kenapa pemain2 kelantan yg mengguguli pentas bolasepak tempatan kurang mendapat tempat didalam skuad Malaysia di bwh kendalian DKRG. 

Mungkin ramai yg dh tahu atau mungkin baru tahu atau pun memang x tahu yg DKRG pernah menbimbing skuad Kelantan tahun 2001 – 2002 , beliau menjadi coach berbangsa india kedua selepas M Karathu membimbing skuad Kelantan tahun 1993. 
Kahadiran beliau ke Kelantan ats tawaran drpd mantan presiden kafa ketika itu Dato Wan Hashim setelah beliau ditamatkan kontrak oleh pasukan Selangor ekoran kegagalan membawa Selangor ke pentas akhir piala Malaysia 2000. 

Kehadiaran DKRG ketika itu disambut dgn tangan terbuka oleh penyokong Kelantan apatah lagi ketika itu Kelantan baru shj dinaikkan ke Liga Perdana 1 tahun 2001 setelah 3 musim bermain di Liga perdana 2 dr tahun 1998 – 2000 serta gagal layak ke piala Malaysia dr tahun 1995 -1999 (5 musim berturut2) , Beliau mengambil alih kerusi panas itu drpd coach Kelantan yg membimbing skuad tahun 2000 menjuarai liga perdana 2 iaitu Cikgu Rahim. 

Dgn peraturan pemain import tidak dibenarkan pada ketika itu (dari tahun 1998 – 2001) DKRG hanya mengerah kudrat pemain2 tempatan Kelantan yg tidak dikenali ketika itu . tetapi beliau juga membawa beberapa pemain luar ketika itu spt Wan Ahmad Ridzuan (Terengganu), Sani Fahmi , Rezal Zamberi (Johor) , Nazreen Tee Abdullah dan S Sivaram (Selangor). 

Berbekalkan pemain2 tempatan yg kurang atau tidak dikenali, DKRG membentuk skuad muda yg bersemangat tinggi dgn kewangan pasukan yg agak terhad ketika itu. Mungkin juga ramai yg tidak tahu Kelantan pernah mengadakan perlawanan persahabatan dgn skuad Malaysia ketika itu pada bulan Disember 2000 di stadium shah alam dimana keputusan berkesudahan Kelantan tewas tipis 2-1. 

Langkah sumbang pertama bermula apabila Kelantan tersingkir pd pusingan pertama piala fa tahun 2001 kpd Sarawak serta seri pd perlawana pertama dgn johor di larkin dan hanya mampu seri 2-2 dgn Terengganu ketika itu. Masuk perlawanan ketiga liga, Kelantan mempamerkan permainan sebenar dgn menjadikan Melaka mangsa pertama apabila menang 4-0 ketika itu, seterusnya Kelantan mencatatkan kemenangan demi kemenangan ketika itu sehingga mampu meraih tempat ketiga Liga Perdana 1 debut pertama dibelakang P.Pinang (Juara) dan Terengganu (Naib Juara). 

Begitu juga Bojan Hodak berbangga Kelantan tidak kalah di gelanggang sendiri pd ketika ini, DKRG juga boleh berbangga dgn hanya 2 kekalahan di gelanggang sendiri (1 piala fa dan kalah 0-1 kpd perak dlm saingan Liga ketika itu) 
Kejayaan menumpaskan Pulau Pinang yg juga juara Liga Perdana 1 di dalam saingan suku akhir Piala Malaysia telah membuka mata byk pihak DKRG membawa skuad Kelantan ke landasan tepat untuk bersaing. Tewas kpd Terengganu di separuh akhir diterima dgn hati terbuka oleh penyokong Kelantan ketika itu. Beliau menerima standing ovation (tepukan gemuruh) drpd penyokong Kelantan. 

Namun tangan tangan ghaib juga cuba menjatuh dan mensabotaj DKRG tetap ada utk saingan tahun 2002, meskipun FAM membuka pintu utk pemain import dgn kehadiran Woorawut Srimaka dan Sakchai Yanasatri dr Thailand, terdapat pakatan dikalangan pemain2 tempatan utama (walaupun bukan semua) berpakat bermain dgn sengaja utk kalah. Kecewa dgn situasi tersebut apatah lagi tidak mendapat sokongan drpd pengurusan kafa ketika itu, DKRG mengambil keputusan meletak jawatan sebaik tamat saingan Liga perdana 1 tahun 2002 sebelum saingan piala Malaysia pula membuka tirai. Kelantan berada di tangga ke 8 lapan ketika itu dlm liga perdana 1 berbanding no 3 tahun 2001. Antara nama2 pemain yg berjaya digilap oleh DKRG ketika itu ialah Azman Yusoff, Mohd Admin , Arman Zairi , Raja Maliki Raja Ayub dan Hazly Zain. 

Selepas meletak jawatan , DKRG ditawar kontrak oleh FAM utk melatih skuad belia Malaysia. Apa yg pelik , pemain muda Kelantan yg berbakat ketika itu kurang mendapat perhatian drpd DKRG apatah lagi skuad Piala Presiden Kelantan layak ke Final tahun 2003 , menjuarai Piala Presiden 2005 dan naib juara tahun 2007. Begitu juga dgn skuad belia B19 tahun 2006 yg muncul naib juara tewas kpd Selangor, Kalau x silap sy , penjaga gol Kelantan ketika itu Amini Ahmad Tabrani digugurkan saat2 akhir sebelum berlepas ke India utk kejohanan piala belia asia kerana dikatakan mengeluarkan kata2 kesat kpd DKRG ketika latihan. 

Begitu juga halnya ketika skuad senior Kelantan merosot , beliau memberikan alasan hanya pemain2 dr pasukan konsisten shj layak menyarung jersi Negara, apabila skuad Kelantan muncul sebuah pasukan yg kuat dan digeruni, beliau masih belum terbuka hati utk memilih pemain2 kelantan yg begitu konsisten di dalam liga domestik. 

Sy kurang pasti apakah dendam kesumat DKRG terhadapnya oleh pengurusan kafa yg terdahulu (10 tahun yg lalu) masih menebal dihatinya , apatah lagi kenyataan terbaru beliau yg terang terangan menyalahkan Apex seorang punca Malaysia tewas. Keputusan menentang Laos penentu ms depan DKRG, rakyat Malaysia masih ingat lagi tragedi 15 tahun dulu tahun 1997 apabila Malaysia tewas 0-1 kpd Laos di sukan Sea Jakarta sekaligus memaksa jurulatih wan Jamak meletak jawatan meskipun tahun 1996 beliau berjaya membawa Malaysia ke final piala Tiger (kini Piala Suzuki) edisi pertama tetapi tewas kpd Thailand ketika itu. 

Pemain2 Laos tahun meskipun tersingkir pusingan awal sukan sea 1997, namun kepulangan mereka disambut seperti menjuarai bolasepak kerana menewaskan salah sebuah kuasa bola sepak asia tenggara ketika itu, adakah kita mahu tragedi 1997 kembali berulang?? , mahukah kita lihat skuad HM tersungkur digelanggang sendiri dan melihat didalam berita kepulangan skuad Laos 2012 disambut spt wira oleh rakyatnya di lapangan terbang???? Mungkin dendam lampau DKRG akan memakan dirinya sendiri selepas ini. Tewas dan tersingkir beerti DKRG mesti melepaskan jawatan ketua jurulatih Malaysia secara terhormat. Sekian pendapat yg x berapa laku drpd saya.
Credit: Po'Nique Fanatique Marseille
Untuk Tahu Lebih banyak Info TRW Yg Menarik Tekan Button Follow Di Bawah

Selasa, 27 November 2012

Piala AFF: Harimau Malaya mampu mengaum esok?

TRWFC
SEMENTARA skuad negara bimbingan Datuk K. Rajagobal dikecam teruk dari setiap sudut, seluruh negara ekoran keputusan kalah 0-3 dengan Singapura pada aksi pembukaan Kumpulan B Piala AFF Suzuki kelmarin, bekas-bekas pemain dan penganalisis sukan masih meletakkan harapan Harimau Malaya akan bangkit esok.

Sehubungan itu, Rajagobal harus segera memperbaiki setiap kepincangan yang ada dalam skuad kendaliannya itu dan jangan terus memberikan harapan palsu kepada peminat tanah air.

Apa yang pasti, anak-anak Rajagobal wajib bangkit ketika berdepan Laos esok jika tidak mahu ‘berputih mata’ ditunjukkan jalan keluar lebih awal kali ini.

Ia begitupun tidak semudah dijangka memandangkan Laos berjaya mengikat naib juara edisi 2010, Indonesia 2-2 dalam satu lagi aksi Kumpulan B kelmarin.

Masih belum terlambat. Ini diakui sendiri oleh bekas pemain kebangsaan, Khalid Ali ketika dihubungi Semalam..

Khalid berkata, Harimau Malaya perlu segera bangkit mempamerkan watak sebenar selaku juara bertahan menentang Loas esok.

Skuad negara tidak boleh berselindung di sebalik alasan, sebaliknya mengatur taktikal baru bagi mengelakkan situasi mengucapkan selamat tinggal lebih awal.

"Sebagai juara bertahan, Malaysia sepatutnya menerbitkan rasa gerun kepada lawan, tetapi situasinya tidak sebegitu.

"Contohnya pada perlawanan semalam, pasukan kita tidak beraksi dengan sepenuh hati. Permainan sangat mengecewakan.

"Saya memang tidak sangka, pemain mempamerkan aksi sangat teruk," katanya.

Namun masih belum terlambat skuad Rajagobal bangkit mencatat keputusan membanggakan semasa bertemu Loas.

"Kita masih ada lagi dua perlawanan. Sudah tiba masanya untuk Harimau Malaya bangkit. Kemenangan ke atas Loas penting untuk mengembalikan moral para pemain.

"Jadi, setiap orang harus memperbaiki kelemahan dan jangan menunding jari kepada sesiapa," jelasnya.

Dalam pada itu, Khalid turut berharap pada perlawanan akan datang, pemain akan lebih bekerjasama dan kuatkan persefahaman dalam diri masing-masing.

"Sekarang ini, masalah bukan hanya kepada bahagian pertahanan, semua posisi mempunyai masalah.

"Pemain sering melakukan kesilapan yang kecil, apa yang jelas barisan pemain tidak bekerjasama antara satu sama lain dan kurang persefahaman.

"Oleh itu, baiki kelemahan dan fokus, jangan ulangi kesilapan yang sama sekali gus mengundang padah kepada kita," ujar beliau yang percaya Malaysia masih mempunyai harapan untuk mempertahankan kejuaraan Piala AFF.

"Sebagai bekas pemain saya tetap optimis namun skuad negara tidak boleh mempamerkan corak permainan seperti permainan sebelum ini kerana lawan jelas sudah mempamerkan peningkatan.

"Masih terdapat kelemahan lain, namun saya percaya jurulatih ada caranya yang tersendiri. Malah beliau sudah mengeluarkan kenyataan tidak panik, jadi biar beliau baiki kelemahan itu," katanya.

Malah Khalid menasihatkan pemain negara terus fokus melakukan persiapan kerana semangat berpasukan yang tinggi akan mengatasi semua cabaran dan rintangan.

Sementara itu, pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UiTM), Ahmad Faisal Mohamed Fiah berkata, punca kekalahan skuad kebangsaan malam kelmarin berikutan kelemahan yang paling ketara di bahagian pertahanan.

"Mereka seolah-olah tiada koordinasi dan persefahaman terutamanya di bahagian tengah yang langsung tidak berperanan," katanya.

Selain itu, Faisal juga tidak menolak kemungkinan faktor kekalahan skuad kebangsaan mungkin disebabkan tekanan yang dihadapi oleh para pemain.

"Mungkin sebab atas faktor juara bertahan dan juga bermain di tempat sendiri, para pemain sedikit tertekan.

"Kita tahu harapan peminat dan negara yang terlalu tinggi kepada mereka, mungkin pemain sedikit tertekan dan hilang fokus.

"Bagaimanapun, saya masih percaya kemampuan anak buah Rajagobal, dan mereka akan bangkit," ujarnya.

Seorang lagi bekas pemain kebangsaan, Hassan Sani berkata, masih ada yang perlu diperbaiki oleh skuad Harimau Malaya sebelum bertemu Loas.

Bekas pemain sayap kiri negara berpendapat, kelemahan paling ketara yang perlu diperkemaskan ialah di bahagian pertahanan.

Katanya, kekuatan sesebuah pasukan bergantung kepada bahagian pertahanan yang kebal selain menyerap tekanan daripada pihak lawan.

"Pertahanan sangat longgar, mereka sering kehilangan bola dan akhirnya bola dikuasai oleh pihak lawan.

"Jadi, saya merasakan kemungkinan barisan pertahanan harus diubah dan selesaikan masalah ini sebelum masa masih ada," katanya.

Tambah Hassan, "bagaimanapun keputusan terletak kepada jurulatih, dan saya tetap menaruh kepercayaan kepada Rajagobal yang beliau mampu memikirkan corak yang terbaik pada perlawanan akan datang."

Dalam pada itu, ketika ditanya sama ada setiap kekalahan yang diterima oleh skuad kebangsaan harus mempersalahkan Rajagobal, Hassan bagaimanapun menyifatkan adat perlawanan mesti ada kalah dan menang.

"Bukan salah Rajagobal, beliau sudah melakukan yang terbaik demi negara.

"Lagipun, adatlah bagi peminat, sekiranya menang kita akan dipuji, sekiranya kalah, kita akan dimaki.

"Apa-apa pun, kita harus memberi semangat kepada mereka dan percaya mereka akan bangkit nanti," ujar beliau yang merasakan sejarah 2010 mungkin akan berulang.

"Bagi saya, skuad Harimau Malaya lambat panas, mungkin perlawanan kedua nanti mereka akan mengaum.

"Kita lihat pada 2010, Malaysia kalah 0-5 kepada Indonesia, kemudian kita seri dengan Thailand dan nasib membantu kita layak ke separuh akhir selepas Indonesia menang ke atas Thailand, jadi tidak mustahil sejarah akan  berulang. Sama-sama kita lihat dan berdoa untuk negara," ujarnya.
Untuk Tahu Lebih banyak Info TRW Yg Menarik Tekan Button Follow Di Bawah

'Bukan sebab persiapan perkahwinan saya'

TRWFC
Gagal mempamerkan persembahan cemerlang dan melakukan kesilapan bukanlah disebabkan fikirannya melayang memikirkan persiapan perkahwinan, tegas penjaga gol Harimau Malaya, Khairul Fahmi Che Mat.

Kekalahan 0-3 kepada Singapura pada perlawanan pertama Piala AFF Suzuki 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil, kelmarin dikatakan berpunca daripada Khairul Fahmi Che Mat terutamanya ketika pasukan jiran menjaringkan gol kedua.

Bagaimanapun penjaga gol nombor satu negara itu dalam nada tegas, menepis dakwaan bahawa dia tidak mampu untuk beraksi cemerlang kerana memikirkan tentang persiapan perkahwinannya, di mana tarikh pernikahannya berlangsung pada 28 Disember ini.

"Saya memohon maaf kepada semua di atas kekalahan malam ini (kelmarin) dan saya bertanggungjawab di atas kekalahan ini," kata pemain berusia 23 tahun itu ketika ditemui media selepas perlawanan tamat.

Khairul Fahmi yang juga dikenali sebagai Apek, didakwa memberikan 'gol mudah' yang kedua buat Sang Singa apabila gagal mengeluarkan bola di dalam kawasan kotak penalti pada minit ke-37.

Selain itu, persembahannya pada aksi tersebut dilihat sedikit 'goyah' kembali fokus pada separuh masa kedua.

Ketika salah seorang wartawan televisyen bertanyakan tentang persembahannya goyah disebabkan persiapan perkahwinannya, Khairul Fahmi berkata, dia hanya ingin menjawab tentang soalan mengenai bola sepak sahaja.

"Kita akan bangkit semula pada perlawanan kedua nanti dan sekali lagi saya minta maaf kepada pasukan serta seluruh rakyat Malaysia di atas kekalahan tersebut," kata pemain yang berasal dari Kota Bharu itu.

Sementara itu, bekas penjaga gol kebangsaan, Mohd. Sharbinee Allawee Ramli tampil mempertahankan prestasi Apek sambil menyifatkan wira Piala Suzuki AFF 2010 itu bakal mengulangi persembahan hebat pada perlawanan kedua ketika menentang Laos.

Penjaga gol Selangor itu, yakin Khairul Fahmi masih memerlukan sokongan untuk membangkitkan kembali prestasi sebenar dalam usaha membantu skuad negara mempertahankan kejuaraan yang diraih dua tahun lalu.

"Inilah dunia bola sepak. Kadang-Kadang kita menonjol, kadang-kadang tidak. Tekanan amat dirasai memandangkan kita tampil sebagai juara bertahan ditambah lagi hadir sebagai tuan rumah kejohanan," ujarnya
Untuk Tahu Lebih banyak Info TRW Yg Menarik Tekan Button Follow Di Bawah

Isnin, 26 November 2012

Piya Harap Pengganti Mat Yo Lebih Baik

TRWFC
Kota Bharu: Kami harap pemain yang menyarung jersi nombor 9 lebih baik daripada Mat Yo (Norshahrul Idlan Talaha) dan bantu Kelantan lakar sejarah lebih gemilang, kata ketua pasukan Kelantan, Mohd Badri Radzi.

Pemain tengah yang dikenali sebagai Piya berkata, pemain lebih baik daripada Mat Yo diperlukan untuk mengemudi jentera serangan yang ditinggalkan Pemain Paling Bernilai Liga Malaysia tiga tahun berturut-turut itu. Dia bagaimanapun mengakui Mat Yo adalah antara penyerang terbaik pernah dimiliki The Red Warriors (TRW).

Kehilangan Mat Yo memang dirasai pasukan, namun kita perlu menerima realiti dalam dunia bola sepak pemain datang dan pergi adalah lumrah. Apa yang diharapkan pengurusan dapat mencari pengganti, malah lebih baik daripada Mat Yo bagi menggalas tugas di barisan depan, katanya ketika dihubungi, semalam.

Mat Yo tidak tersenarai dalam barisan pemain diumumkan penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa baru-baru ini dan pemain yang akan menggantikan tempatnya masih menjadi teka-teki.

Setakat ini, pasukan Kelantan sudah mengikat kontrak empat muka baru iaitu K Nanthakumar dari Perak dan dua pemain T-Team, Zairo Annuar Zailani dan Mohd Faiz Subri serta bekas pemain Kelantan, Muhd Izuan Salahuddin yang dipanggil semula dari pasukan Harimau Muda A.

Dalam perkembangan lain, pemain Kelantan menerima sumbangan pakej umrah daripada kerajaan negeri sebagai penghargaan ke atas kejayaan musim ini.

Pakej umrah itu diberikan kepada pemain beragama Islam dan pemain bukan beragama Islam, kita tukar kepada wang tunai yang sama nilai, kata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Insan, Sukan dan NGO Kelantan, Datuk Abdul Fattah Mahmood.

Untuk Tahu Lebih banyak Info TRW Yg Menarik Tekan Button Follow Di Bawah

Piala AFF: Malaysia kalah 0-3

TRWFC

MALAYSIA memulakan misi mempertahankan Piala AFF Suzuki dengan langkah kiri apabila diaibkan Singapura 0-3 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi

Mungkin kekalahan terbit daripada hasil uji kaji Datuk K Rajagobal yang tidak menjadi dalam beberapa siri perlawanan antarabangsa sebelum ini.

Paling mendukacitakan, barisan pertahanan negara gagal mengekang kemaraan kuda tua Lions, Aleksandar Duric yang  meledak gol ketiga Singapura pada minit ke-75 sebaik sahaja dimasukkan beberapa minit sebelum itu.

Terdahulu, ketua pasukan Singapura, Shahril Ishak meletakkan juara tiga kali itu di hadapan menerusi dua gol pada babak pertama selepas bijak menyempurnakan peluang ketika barisan pertahanan negara ‘terlena’.

Malaysia menerusi gandingan Safee-Mat Yo sesekali mengancam kubu Lions dan ada kalanya tampak meyakinkan.

Meskipun mempunyai beberapa peluang merapatkan kedudukan, jentera serangan tetap gagal menterjemahkan jaringan sehingga pengadil, Kovalenko Valentin menamatkan perlawanan.

Rajagobal ketika ditemui pada sidang media akur dengan kekalahan pertama negara pada aksi pembukaan Kumpulan B.

Menurutnya, beberapa kesilapan individu menghukum seluruh pasukan.

“Selepas ketinggalan dua gol pada babak pertama, pemain cuba bangkit. Tapi, salah faham pemain membolehkan Singapura menambah gol ketiga sekali gus mematikan langkah Harimau Malaya,” katanya.

Sementara itu, pengendali Singapura, Radojko Avramovic berpuas hati dengan keputusan dicapai pasukannya sambil memuji barisan benteng pertahanan mereka yang disifatkannya bermain begitu baik.

Kekalahan anak didik Rajagobal meletakkan skuad Harimau Malaya di tangga tercorot kumpulan.

Justeru, pemain negara perlu mencatat kemenangan pada dua baki perlawanan seterusnya menentang Laos (Rabu) dan Indonesia (1 Disember) bagi mencerahkan laluan ke separuh akhir.

Sebelum itu, Indonesia dan Laos berkongsi satu mata selepas terikat 2-2 pada perlawanan
Untuk Tahu Lebih banyak Info TRW Yg Menarik Tekan Button Follow Di Bawah

Copyright © 2012-2013 The Red Warriors Fan Club