Sokong Bia Bijok, Napok Bijok, Betindok Bijok, Main Bijok, Bijok Sokmo.....Gomo Kelate Gomo
Memaparkan catatan dengan label Ben 10. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ben 10. Papar semua catatan

Sabtu, 19 Januari 2013

Serangan Felda, Kelantan tidak menjadi

TRWFC
Jentera serangan tumpul! Itulah yang menjadi faktor utama perlawanan Felda United dan Kelantan berkesudahan seri tanpa jaringan di Stadium MBPJ, Petaling Jaya.

"Ini adalah keputusan seri kali kedua diperolehi Kelantan, dan saya harap Kelantan bermain lebih baik dalam perlawanan seterusnya. Saya betul-betul mahukan kemenangan," kata jurulatih Kelantan, Bojan Hodak selepas tamat perlawanan.

Kedua-dua pasukan beraksi hambar sepanjang sepuluh minit pertama dengan tiada gerakan dan percubaan merbahaya ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan.

Bagaimanapun, gergasi pantai timur itu meraih peluang terbaik menerusi gandingan Mohd Nor Farhan dan Indra Putra di minit ke-15. Farhan berjaya melorongkan bola dengan baik kearah gawang, namun larian Indra tidak menjadi dan dia terjatuh sebelum melakukan rembatan.

Di minit ke 21, gawang Kelantan cemas apabila Mohammad Ghaddar bijak melepasi pertahanan mereka, sebelum penyerang itu melakukan percubaan yang hanya sedikit tersasar.

Kad kuning terpaksa dilayangkan pengadil kepada pemain Felda, Azmizi Azmi kerana dia jelas menjatuhkan Zamri Ramli di minit ke-37.

Biarpun permainan banyak berlegar di bahagian tengah, Kelantan banyak membuat hantaran-hantaran menarik.

Kebuntuan mencari gol berlanjutan hingga ke separuh masa kedua. Kubu Felda terancam  di minit ke-60 apabila berlaku kelam kabut di depan gawang.

Dalam kekalutan itu Haris Safwan berjaya mencuri peluang untuk menewaskan penjaga gol Felda, Mohd Helmi, namun jaringan itu tidak dikira kerana ofsaid.

Sepakan percuma dihadiahkan kepada Kelantan selepas Daudsu dijatuhkan di minit ke-65, namun tendangan percuma yang diambil Badhri Radzi atau Piya mudah diselamatkan Helmi.

Selain hantaran-hantaran yang kurang tepat, beberapa pemain kedua-dua pasukan dilihat tergopoh gapah dan kerap melakukan kesilapan mudah ketika melakukan serangan.

Di penghujung permainan, Kelantan melancarkan serangan kilat sebelum Indra dijatuhkan dan tendangan Piya mudah ditepis.

Permainan semakin rancak. Obinna Nwaneri yang muncul dari belakang membuat lambungan kearah sudut gawang, sebelum ia sekali lagi diselamatkan Helmi.

Untuk Tahu Lebih banyak Info TRW Yg Menarik Tekan Button Follow Di Bawah

Jumaat, 18 Januari 2013

Norfarhan mahu buktikan

TRWFC
SELEPAS enam tahun tersisih daripada menyarung jersi skuad bola sepak kebangsaan, pemain sayap Kelantan, Mohd. Norfarhan Mohammad kembali dipanggil untuk menjalani sesi latihan skuad negara bagi menghadapi aksi persahabatan antarabangsa dan kempen kelayakan Piala Asia 2015.

Aksi Norfarhan membantu pasukannya menjulang kejuaraan trebel musim lalu mendapat perhatian pengendali skuad kebangsaan Datuk K. Rajagobal untuk menjalani latihan bersama Harimau Malaya.

Pemain kelahiran Kuala Terengganu itu menyertai mengiringi tiga tonggak The Red Warriors iaitu Shakir Shaari, Khairul Fahmi Che Mat dan bintang muda, Nik Mohd. Shahrul Azim Ab. Halim.

Norfarhan ketika ditemui pemberita menyifatkan pemilihan tersebut bakal melonjakkan lagi perjalanan kariernya selaku pemain bola sepak.

Menurutnya, dia berazam untuk menggunakan peluang tersebut sebaik mungkin bagi membuktikan dia layak menyarung jersi pasukan kebangsaan.

“Saya gembira dengan berita ini. Ia merupakan sesuatu yang baik untuk saya dan perjalanan karier bola sepak saya,” katanya.

Norfarhan antara muka lama yang berjaya mendapat kepercayaan Rajagobal untuk menjalani latihan bersama skuad kebangsaan selain tonggak Terengganu, Ashaari Shamsuddin.

Mengulas mengenai pertemuan dengan Felda United esok (hari ini), pemain yang terkenal dengan gelaran Ben10 dalam kalangan peminat The Red Warriors mahu rakan-rakan sepasukan memberikan aksi terbaik pada perlawanan itu kelak.

“Tiga mata perlu diraih dalam perlawanan ini. Felda United bukanlah calang-calang pasukan, mereka mempunyai pemain hebat seperti Mohammad Ghaddar di jentera serangan.

“Begitu juga dengan pertahanan yang dikemudi oleh tonggak berpengalaman seperti Khairulnisham Shahbuddin, jadi kita tidak boleh ambil mudah perlawanan ini,” ujarnya.Kosmo


Untuk Tahu Lebih banyak Info TRW Yg Menarik Tekan Button Follow Di Bawah

Rabu, 16 Januari 2013

SENARAI PEMAIN TERPILIH UNTUK KELAYAKAN PIALA ASIA 2015

TRWFC



Ada beberapa pemain Kelantan dipanggil oleh Datuk Rajagopal utk kelayakan Piala Asia 2015 spt Apek, Shakir, Norfarhan dan Nik Shahrul...tapi Piya dipinggirkan.. Sebalik Amar Rohidan masih menjadi pilihannya.

Senarai Penuh 26 Pemain Terpilih Untuk Kelayakan Piala Asia 2015 dari Sokernet

1. Mohd Khyril Muhymeen Zambri
2. Mohd Farizal Marlias
3. Yong Kuong Yong
4. Mahalli Jasuli
5. Norazlan Razali
6. Mohd Bunyamin Umar
7. Asraruddin Putra Omar
8. Gurusamy Govandar a/l Kandasamy
9. Kunalan Subramaniam
10. Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak
11. Norshahrul Idlan Talaha
12. Mohd Safee Mohd Sali
13. Azamuddin Mohd Akil
14. Muhammad Fauzi Rozlan
15. Khairul Fahmi Che Mat
16. Nik Mohd Shahrul Azim bin Ab Halim
17. Mohd Shakir Shaari
18. Mohd Nor Farhan bin Muhammad
19. Mohd Faizal Muhamad
20. Mohd Ashari bin Samsudin
21. Amiridzwan Taj Tajudin
22. Reuben Thayaparan Kathiripillai
23. Amar Rohidan
24. Mohd Fadhli bin Mohd Shas
25. Wan Zack Haikal Wan Nor
26. Gary Steven Robbat


Untuk Tahu Lebih banyak Info TRW Yg Menarik Tekan Button Follow Di Bawah

Kelantan terikat dengan Johor DTFC

TRWFC
Tambah kapsyen

Red Warriors membuka tirai melalui sepakan deras Nor Farhan tetapi Daniel Guiza menyamakan kedudukan dari tendangan percuma.
Lupakan seketika nilai setiap pemain dalam pasukan Johor Darul Takzim. Lupakan juga treble yang dirangkul Kelantan musim lepas. Bintang yang berkelipan jauh menyerlah, apabila jatuh ke bumi dilumuri tanah juga.Bagaikan perlawanan 'Super Sunday' minggu lepas antara Manchester United dan Liverpool, pertemuan antara kedua-dua pasukan ini telah ditunggu-tunggu oleh ramai peminat setia bola sepak Malaysia.
Walaubagaimanapun perlawanan tidak bermula dengan rancak, Kelantan banyak mencuba nasib dengan hantaran jauh yang tidak menjadi.
Penyerang bintang Harimau Malaya Safee Safi membuktikan kehebatan dengan percubaan 'bicycle kick' pada minit ke 16 dari hantaran penyerang Itali Simone Del Nero tetapi sepakannya tersasar.
Daudsu Jamaludin pula menerima bekas rakan sepasukan Nurul Azwan Roya kembali ke Kota Bharu sejak perpindahannya pada akhir musim lepas tetapi tidak memberi simpati apabila membuat asakan pada minit ke 25 - Daudsu terus dilayangkan kad kuning.
Seperti di Piala AFF Suzuki 2012, Safiq Rahim memberi tendangan percuma yang amat menyengat tetapi percubaannya ditangkap rapi oleh rakan sepasukan Harimau Malaya, Khairul Fahmi Che Mat.
Walaupun merupakan satu-satunya pemain harapan, Del Nero digantikan Zaquan Adha pada minit ke 34 "akibat kecederaan" tetapi prestasi beliau yang tidak memberangsangkan telah memaksa Fandi Ahmad untuk membuat penukaran.
Pasukan tuan rumah yang melancarkan gerakan serangan dan hantaran jauh Badhri 'Piya' Radzi pada minit ke 36 dikawal dengan baik oleh Indra Putra tetapi rembatan Nor Farhan dihalang.
Seminit kemudian, Nor Farhan mencetuskan peraian di Kota Bharu apabila menerima hantaran Piya, menggelecek bola dari tengah padang hingga ke kawasan luar kotak sebelum melepaskan rembatan kencang yang mengejutkan Johor.
Kelantan terus menguasai kawalan bola hingga masa rehat tetapi tidak meneruskan tekanan. Sebaliknya pasukan Harimau Selatan mengambil kesempatan dan pemain paling mahal Liga Super Malaysia telah menggantikan Nurul Azwan Roya pada minit ke 52.
Sumbangan pertama pemain Sepanyol yang berusia 32 tahun itu adalah untuk memberi hantaran cantik kepada Safee dari sayap kiri tetapi tandukannya ditangkap rapi oleh Khairul Fahmi.
Kelantan balas apabila Indra Putra memusing lepas Muslim Ahmad sebelum melepaskan 'cross-shot' yang dipesong keluar.
Ketua pasukan Kelantan, Piya, mensia-siakan peluang keemasan pada minit ke 62 apabila menerima bola di luar kotak penalti dan melepaskan rembatan dengan serta-merta walaupun benteng pertahanan Johor kelihatan kocar-kacir.
Seminit kemudian, Johor mendapat peluang dari tendangan percuma dan walaupun Aidil Zafuan dan Safiq Rahim telah membuat percubaan yang baik sebelumnya, Guiza yang menanggung tanggungjawab.
Penyerang Sepanyol itu memberi rembatan yang cantik lepas Khairul Fahmi dan menyambut gol penyamaannya di hadapan peminat pasukannya.
Walaupun perlawanan tercemar dengan beberapa insiden di mana para penyokong telah melontarkan objek, serta kekeliruan pengadil yang mengakhiri perlawanan tanpa masa tambahan, persaingan masih berjaya menunjukkan aksi yang padat di padang dengan gerakan yang berkualiti dan corak permainan yang menarik.

Johor DTFC XI: Aidil, Safiq, Norshahrul, Safee Sali, Azmi Muslim, Azwan Roya, Ezrie, Zamir (PG), Faizal, Muslim, Del Nero

Kelantan XI: Fahmi, Daudsu, Obinna, Nik Shahrul, Zairul Fitree, Shakir Shaari, Badri, Norfarhan, Zamri Ramli, Keita, Indra-espnstar.my


Untuk Tahu Lebih banyak Info TRW Yg Menarik Tekan Button Follow Di Bawah

Copyright © 2012-2013 The Red Warriors Fan Club