Sokong Bia Bijok, Napok Bijok, Betindok Bijok, Main Bijok, Bijok Sokmo.....Gomo Kelate Gomo

Jumaat, 1 Februari 2013

Pemain Kelantan berguru di England

TRWFC
PENYERANG muda Australia, Dimitrios Petratos yang beraksi bersama The Red Warriors dalam saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2013 secara rasminya akan berangkat ke England pada 4 Februari ini bagi menjalani latihan dengan pasukan Blackburn Rovers.

Berita gembira itu diumumkan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa di Kota Bharu semalam.

Annuar berkata, ketua pasukan Piala Presiden Kelantan, Faizul Nazlin Sayuti akan pergi bersama Petratos bagi menjalani latihan tersebut dan akan kembali semula ke pangkuan pasukan pada bulan Mac untuk menghadapi saingan Piala AFC.

Menurutnya, latihan tersebut merupakan sebahagian daripada kerjasama antara KAFA dengan kelab berkenaan sebagai langkah untuk memantapkan lagi pasukan bagi mengharungi saingan liga musim ini.

"Pemergian kedua-dua pemain ini akan diiringi oleh Ketua Pegawai Eksekutif, TheRedWarriors.com iaitu Kelvin Ramalingam.

Sepanjang berada di sana, Petratos bakal menjalani sesi latihan dan ujian yang dikendalikan oleh pihak Blackburn Rovers.

“KAFA berharap, latihan tersebut akan meningkatkan lagi tahap kemahiran Petratos sebelum dia kembali bersama pasukan untuk saingan Piala AFC nanti.

“Begitu juga dengan Faizul Nazlin, kita mahu memberikan pendedahan awal kepada pemain muda ini dalam usaha untuk memantapkan corak permainan dan kemahirannya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang akhbar perlawanan Piala Permai di Stadium Sultan Muhammad IV semalam mengenai pertembungan antara juara Liga Super Malaysia, Kelantan dengan juara Liga Super Indonesia, Simen Padang FC esok.

Pada majlis tersebut, Annuar turut memperkenalkan seorang pemain import dari Perancis yang akan membantu The Red Warriors dalam perlawanan tersebut iaitu, Salim Aracche.

Selain Aracche, Kelantan turut diperkuatkan dengan seorang lagi tonggak import dari Nigeria, iaitu Dickson Nwakaeme yang bergandingan bersama Obinna Nwaneri, Lek Kecira di posisi pertahanan.

Annuar memberitahu, jika ada perkembangan semasa mengenai kedua-dua pemain itu, ia akan memaklumkan perkara tersebut dari semasa ke semasa.

“KAFA akan menjalinkan kerjasama ini di masa akan datang melibatkan pertukaran pemain dan jurulatih,” ujarnya.

Mengulas mengenai perlawanan Piala Permai itu, Annuar memberitahu, ia adalah kesinambungan perlawanan sebelum ini ketika kedua-dua pasukan bertemu dalam aksi Piala Gabenor Acheh baru-baru ini.

“Perlawanan ini merupakan medan terbaik buat kita untuk mengukur sejauh mana kekuatan pasukan. Saya akui ia bukanlah satu perlawanan yang mudah buat Kelantan.

“Mereka sebuah pasukan yang hebat, dan kita pernah tunduk kepada mereka 1-3 dalam aksi Piala Gabenor Acheh baru-baru ini. Saya harap pemain dapat memberikan aksi terbaik dalam perlawanan itu,” tegasnya.


Untuk Tahu Lebih banyak Info TRW Yg Menarik Tekan Button Follow Di Bawah

Khamis, 31 Januari 2013

Pelik, Raja tak senarai Piya

TRWFC
Kota Bharu: Bekas pemain kebangsaan, Dali Omar menganggap tindakan Datuk K Rajagobal meminta Datuk M Karathu dan B Sathianathan menjawab bagi pihaknya punca tidak menyenaraikan kapten Kelantan, Mohd Badhri Radzi dalam skuad kebangsaan sebagai tidak profesional.

Menyifatkan tindakan itu sebagai pelik dan tidak masuk akal, Dali yang kini berusia 66 tahun berkata, Mohd Badhri atau lebih dikenali sebagai Piya sepatutnya sudah lama menyarung jersi kebangsaan.
“Seharusnya beliau sendiri mengkaji kebolehan Piya dan perlu menjawab persoalan kenapa pemain itu tidak disenaraikan.

“Ketika saya menjadi penasihat teknikal pasukan Kelantan dulu pun saya sudah melihat bakat besar Piya dan dia boleh pergi jauh, namun dia tidak mendapat peluang menyumbangkan bakti kepada negara, itu merugikannya,” katanya.

BH Sukan semalam melaporkan Karathu dan Sathianathan mempersoalkan tindakan Rajagobal yang mengaitkan nama mereka ketika diajukan soalan punca kegagalan jurulatih Harimau Malaya itu menyenaraikan Piya dalam skuad kebangsaan.

Mengulas lanjut, Dali berkata, kehebatan Piya sebagai tonggak penting membantu Kelantan mencipta kejuaraan tiga piala musim lalu bersama The Red Warriors (TRW) sememangnya tidak boleh disangkal.

Sementara itu, Timbalan Presiden Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim (Kelate.net), Mahizi Mahmood, berkata tindakan Rajagobal yang meminta Karathu dan Sathianathan menjawab bagi pihaknya punca Piya tidak disenaraikan dalam skuad kebangsaan disebabkan beliau kini tertekan dengan desakan ramai.
“Bagi saya, Rajagobal masih dibayangi kejayaan lampau dan beliau masih mengharapkan kepada pemain yang menaikkan nama beliau sehingga bergelar Datuk. Tapi kita harus ingat bola sepak kini sudah berubah dan kita perlu tengok kepada keadaan semasa,” katanya.


Untuk Tahu Lebih banyak Info TRW Yg Menarik Tekan Button Follow Di Bawah

Bentuk kombinasi terbaik

TRWFC
ADA pesanan penting yang mahu disampaikan penjaga gol Harimau Malaya, Khairul Fahmi Che Mat kepada rakan-rakan sepasukannya menjelang aksi pembukaan menentang Qatar pada kempen kelayakan Piala Asia 2015 di Doha, 6 Februari ini.

Menyedari Harimau Malaya tempang selepas kehilangan enam tonggak utama yang dibelenggu masalah kecederaan, Khairul berharap rakan-rakan sepasukannya membentuk persefahaman jitu dalam masa terdekat.

Esok, Harimau Malaya berpeluang menguji kekuatan sedia ada apabila dijadualkan menentang Iraq pada aksi persahabatan di Doha.

“Umum mengetahui bahawa ramai pemain cedera dan ada pemain-pemain (yang pernah beraksi bersama skuad kebangsaan) kembali diserapkan, antaranya Amri Yahyah.

“Dalam masa suntuk ini, kami harus mencari keserasian dengan cepat sebagai persediaan terbaik sebelum bertemu Qatar,” jelas Khairul kepada pemberita di Wisma FAM, Kelana Jaya kelmarin.

Enam pemain yang dibelenggu masalah kecederaan ialah Mohd. Safee Sali, Wan Zack Haikal Wan Nor, Norshahrul Idlan Talaha, K. Gurusamay, Gary Steven Robbat dan Mohd. Bunyamin Umar.

Mengulas pertemuan menentang Qatar, Khairul sedar kekuatan pasukan lawan itu yang sudah pasti menampilkan hantaran bola tinggi.

“Pada pendapat saya, kami harus memberikan perhatian kepada hantaran bola tinggi ketika menentang pasukan seperti Qatar.

“Ini kerana (hantaran) bola tinggi adalah kelebihan mereka dan apa yang pasti, kami harus memberi cabaran lebih agresif memandangkan pemain-pemain Qatar memiliki fizikal yang lebih tinggi,” katanya.

Sementara itu, pemain sayap Pahang, Azamuddin Akil mengakui yang dia teruja untuk beraksi buat kali pertama di pentas Piala Asia 2015.

Azamuddin kini nekad untuk membalas kepercayaan Rajagobal dengan mempamerkan persembahan cemerlang selain berusaha menampung kehilangan pemain sayap lincah Selangor, S. Kunanlan.

“Setiap pemain kini begitu bersungguh untuk bermain dan saya juga sangat teruja kerana ini merupakan aksi Piala Asia pertama saya sepanjang beraksi bersama Harimau Malaya.

“Pada saya, tiada masalah untuk bermain di posisi Kunanlan kerana ketika bersama Pahang, saya sudah biasa beraksi di sayap kiri,” katanya.


Untuk Tahu Lebih banyak Info TRW Yg Menarik Tekan Button Follow Di Bawah

Rabu, 30 Januari 2013

Rajagobal perlekeh Badri

TRWFC
"KENAPA tanya saya, beliau jurulatih, seharusnya beliau tahu pemain macam mana yang beliau mahu. Saya tak faham kenapa dia suruh tanya saya. Jawapan macam mana yang anda jangka boleh saya berikan?"

Itu komen ketua pasukan Kelantan, yang berjaya menjulang tiga piala musim lalu, Badri Radzi selepas namanya terus tersisih daripada kem skuad kebangsaan biarpun ketua jurulatih Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal kini dalam situasi terdesak selepas kehilangan 11 pemain akibat kecederaan.

Menurutnya, selepas berjaya membawa Kelantan ke tahap yang begitu tinggi termasuk memenangi tiga kejuaraan musim lalu, kelibatnya di padang masih tetap gagal memikat hati Rajagobal yang terus meragui keupayaannya.

“Saya tidak tahu apa masalahnya, komen beliau (Rajagobal) dalam akhbar hari ini (semalam) seolah-olah memberi gambaran bahawa corak permainan saya tidak sesuai dengan corak latihan beliau.

“Beliau tidak perlu mengajukan soalan berkenaan kepada saya atau bekas jurulatih saya, Datuk M. Karathu atau B. Sathianathan. Kami semua tidak ada jawapan kerana jawapan itu ada pada beliau sendiri,” kata Badri ketika dihubungi semalam.

Tambahnya, jika Rajagobal menganggap dia bukan seorang pemain yang bagus dan tidak menepati kriteria yang diperlukan, dia sedia menerima kritikan berkenaan kerana jurulatih skuad kebangsaan itu lebih berpengalaman.

Katanya, impiannya untuk bermain dan menabur bakti dalam skuad kebangsaan tidak pernah padam dan akan berusaha untuk terus memikat hati pengendali skuad kebangsaan itu.

“Sebagai pemain bola sepak, sudah tentu beraksi dengan pasukan kebangsaan adalah kemuncak dalam karier anda. Semua pemain mengidamkan untuk menyarung jersi kebangsaan, begitu juga saya. Kalau tidak baik tak payah main bola.

“Kali terakhir saya dipanggil pada tahun 2010, ketika itu dalam perjalanan pulang ke Kota Bharu selepas Kelantan muncul juara Piala Malaysia. Pembantunya (Tan Cheng Hoe) telefon saya minta nombor pasport.

“Dia beri tempoh dua jam untuk saya dapatkan nombor pasport, saya beritahu pasport ada di rumah, macam mana saya hendak beri. Sukar untuk saya dapatkan nombor pasport ketika itu kerana kami terpaksa singgah di Gua Musang dulu untuk menemui peminat. Selepas itu senyap begitu saja,” ujarnya.

Jelas Badri, sebelum ini ada yang berpendapat pemain sepertinya, Hairuddin Omar dan Indra Putra Mahayuddin hanya mampu bermain dalam tempoh 30 minit sahaja ekoran faktor usia, dan keputusan Rajagobal memilih pemain muda mungkin satu pilihan yang tepat.

Kali pertama dan terakhir ‘jeneral padang’ berusia 30 tahun itu menyarung jersi skuad kebangsaan adalah ketika membantu skuad Pilihan Malaysia di bawah bimbingan Ong Kim Swee berdepan Chelsea dalam aksi persahabatan di Kuala Lumpur dua tahun lalu.Kosmo




Untuk Tahu Lebih banyak Info TRW Yg Menarik Tekan Button Follow Di Bawah

Apa salah saya..??

TRWFC
Kota Bharu: “Apa salah saya sehingga dia tak mahu panggil saya menyertai skuad kebangsaan,” kata kapten Kelantan, Mohd Badhri Radzi sebagai reaksi balas kenyataan Datuk K Rajagobal yang masih enggan menyenaraikannya dalam skuad Harimau Malaya bagi persiapan pusingan Kelayakan Piala Asia 2015.

Pemain tengah yang dianggap antara terbaik di Liga Malaysia (Liga-M) itu berkata, adakah corak permainannya tidak menepati cita rasa pengendali berusia 57 tahun itu menyebabkan dia tidak mendapat tempat dalam skuad Harimau Malaya.
“Saya tak kisah pada bila-bila masa pun saya sedia dipanggil untuk beraksi dalam skuad kebangsaan.

“Tapi saya nak tanya dia (Rajagobal) apa masalah dia dengan saya,” katanya semalam.

Akhbar semalam melaporkan, nama Piya terus tidak mendapat tempat dalam skuad kebangsaan apabila Rajagobal mengumumkan senarai akhir 24 pemain kelmarin, walau pun ketika ramai tonggak utama digugurkan akibat krisis kecederaan.

Skuad Harimau Malaya berlepas ke Dubai, UAE, pagi semalam untuk aksi persahabatan menentang Iraq, Jumaat ini dan seterusnya aksi sulung kelayakan Piala Asia 2015 bertemu Qatar di Doha, 6 Februari ini.

Walaupun tidak dapat membawa 11 pemain utama yang mengalami kecederaan, ia masih belum membuka hati Rajagobal untuk sekurang-kurangnya memanggil Piya untuk kem latihan skuad kebangsaan. BH

Untuk Tahu Lebih banyak Info TRW Yg Menarik Tekan Button Follow Di Bawah

Isnin, 28 Januari 2013

Perubahan dalam FAM boleh berlaku - Annuar

TRWFC
Perubahan dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) boleh berlaku dengan mudah sekiranya ahli gabungan sepakat mahu melakukannya menerusi Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM).

Timbalan Presiden FAM yang digantung Tan Sri Annuar Musa berkata, namun ramai yang terlepas pandang bahawa ia hanya memerlukan satu per lima untuk meminta EGM diadakan dan FAM wajib mengadakan mesyuarat tersebut sekiranya memenuhi syarat.

"Jika enggan, badan gabungan boleh mengadakan EGM sendiri. Di situ bincanglah apa nak bincang, pindalah apa nak pinda. Dalam EGM, ahli jawatankuasa (Exco) tiada kuasa mengundi. Hanya ahli perwakilan kongres atau EGM sahaja yang boleh berbuat demikian.

"Terpulang pada kita semua, presiden persatuan bola sepak negeri dan badan gabungan, kuasa ditangan anda," katanya menerusi entri laman sosial Facebook miliknya semalam.

Dalam perkembangan lain, Annuar berkata, Artikel 88 sekali lagi menghantui senario bola sepak negara di saat kemelut lalu belum lagi selesai, apabila ada ahli gabungan dikenakan tindakan gara-gara mengkritik badan induk bola sepak negara itu.

"Yang pasti Artikel 88 tidak akan menghentikan hak kebebasan bersuara tentang bola sepak Malaysia. Mutakhir, ada yang mahu presiden berundur dan ada yang mahu tranformasi. Pada hemat saya, semua itu tidak kemana dalam situasi sekarang.

"Namun ramai terlepas pandang bahawa perubahan boleh dilakukan dengan mudah sekiranya ahli gabungan menerusi kongres mahukannya," ujarnya.




Untuk Tahu Lebih banyak Info TRW Yg Menarik Tekan Button Follow Di Bawah

Peluang Khairul Fahmi rampas No. 1

TRWFC
Khairul Fahmi Che Mat berpeluang untuk merampas semula posisi penjaga gol No. 1 negara ekoran kecederaan Farizal Marlias yang belum pulih untuk mengharungi kempen Kelayakan Piala Asia 2015 menentang Qatar pada 6 Februari ini.

Ketika sesi latihan semalam, Farizal hanya menjalani latihan ringan di luar padang berbanding Khairul Fahmi dan penjaga gol No. 3 negara, Norazlan Razali.

Namun, bagi Khairul Fahmi kecederaan yang dialami Farizal bukan jaminan posisi penjaga gol sudah pasti menjadi miliknya.

Menurutnya, persaingan tetap terbuka dalam mendapatkan kepercayaan jurulatih Datuk K.Rajagobal selain mahu lebih fokus bersama pasukan kebangsaan.

"Siapa yang bakal menjadi penjaga gol, itu tidak penting bagi saya kerana paling penting adalah pasukan itu sendiri.

"Sebagai pemain, saya perlu sentiasa bersedia dengan apa jua keputusan daripada jurulatih," katanya ketika ditemui pemberita di padang wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sini, semalam.

Aksi kurang memberangsangkan Khairul Fahmi pada saingan Piala Suzuki AFF tahun lalu menyebabkan gelaran penjaga gol No. 1 negara beralih kepada Farizal.

Farizal yang mewakili Perak pada musim 2013, menunjukkan kualitinya tersendiri pada kejohanan dwi tahunan itu terutama ketika menentang Thailand dalam saingan separuh akhir apabila menyelamatkan sekurang-kurangnya empat percubaan berbahaya melalui rembatan jarak jauh.

Untuk Tahu Lebih banyak Info TRW Yg Menarik Tekan Button Follow Di Bawah

PBNJ boleh didenda RM2,000

TRWFC
Kuala Lumpur: Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) berdepan hukuman denda RM2,000 serta surat amaran daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berikutan ‘kecuaian’ mereka tidak memainkan lagu Negaraku serta lagu negeri pasukan pelawat ketika Johor Darul Takzim bertemu Perak pada aksi pusingan pertama Piala FA di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Jumaat lalu.

Dalam insiden yang turut disiarkan secara langsung di stesen televisyen berbayar itu, hanya lagu negeri Johor dimainkan ketika pemain kedua-dua pasukan berdiri sebelum perlawanan bermula tanpa disusuli lagu negeri Perak dan paling utama lagu Negaraku.
Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, hukuman denda berkenaan akan dijatuhkan selepas pihaknya menerima laporan penuh daripada pegawai perlawanan dan ia sememangnya mengikut peraturan sedia ada yang ditetapkan.


Kekal di Stadium Darul Aman

“Dalam peraturan kita, lagu Negaraku memang wajib dimainkan sebelum mana-mana perlawanan Liga Malaysia. Lagu negeri pula tidak wajib, tetapi jika lagu negeri salah satu pasukan ada dimainkan, maka lagu negeri pasukan lagi satu turut perlu dimainkan.

“Bagi kes ini, pihak tuan rumah tidak memainkan lagu Negaraku dan akan dikenakan denda RM1,000. Mereka juga hanya memainkan lagu negeri Johor, tetapi tidak memainkan sekali lagu negeri Perak, maka didenda lagi RM1,000.

“Jadi terdapat dua kesalahan di sini dan mereka akan didenda RM2,000 serta diberikan surat amaran kerana ia kesalahan kali pertama,” kata Hamidin ketika dihubungi, semalam.
Mengenai kekecohan di laman sosial Facebook berhubung perlawanan pusingan kedua antara Kedah dan Johor Darul Takzim, 26 Februari depan dikatakan akan ditukar ke Larkin, Hamidin menafikannya dan berkata: “Perlawanan itu kekal di Stadium Darul Aman, Alor Setar seperti ditetapkan mengikut susunan ketika undian Piala FA.”

Untuk Tahu Lebih banyak Info TRW Yg Menarik Tekan Button Follow Di Bawah

Khamis, 24 Januari 2013

FAM arah pengadil ikut prosedur ketika disoal siasat SPRM

TRWFC
Kuala Lumpur: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), semalam mengeluarkan arahan agar pengadil mematuhi prosedur ditetapkan badan induk bola sepak negara itu apabila disoal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas tamat perlawanan. 

Pengerusi Jawatankuasa Pengadilan FAM, Datuk Astaman Abdul Aziz, berkata pengadil berkenaan perlu mengambil butiran nama dan nombor telefon pegawai SPRM terbabit, dengan disertai seorang saksi bagi mengelak individu menyamar pegawai pihak berkuasa itu. 
“Saya harap dengan prosedur baharu ini, perkara memalukan membabitkan pengadil disoal siasat individu tidak dikenali di Stadium Muhammad IV, Kota Bharu ketika perlawanan Kelantan dan Johor Darul Takzim (DT) pada 15 Januari lalu tidak berulang,” katanya semalam. 

Tidak boleh diganggu 

Mengulas lanjut, Astaman berkata mengikut prosedur Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), pengadil dan pegawai pertandingan tidak boleh ‘diganggu’ mana-mana individu dalam tempoh bertenang iaitu selama 25 minit di bilik yang dikunci sebaik tamat perlawanan. 

“Diharap apa yang berlaku di Kota Bharu itu tidak berulang kerana ia akan mengelirukan banyak pihak dan menjadi satu pengajaran kepada pengadil kita agar lebih berhati-hati,” katanya. 

Astaman berkata beliau menghantar laporan penuh mengenai perkara itu kepada Jawatankuasa Kerja FAM, namun tidak mengemukakannya kepada SPRM kerana tidak diminta oleh badan pencegah rasuah itu. 
“Sekiranya ada arahan daripada SPRM, saya akan hantar laporan itu,” katanya. - BERNAMA 


Untuk Tahu Lebih banyak Info TRW Yg Menarik Tekan Button Follow Di Bawah

Hodak mula perit hilang empat tonggak

TRWFC
Kota Bharu: Kehilangan empat pemain utama The Red Warriors (TRW) – Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo, Mohamed Ghaddar, S Chanturu dan Nurul Azwan Roya ternyata amat dirasai skuad itu dalam saingan Liga Super sehingga kini.

Ini diakui ketua jurulatih Kelantan, Bojan Hodak yang amat kecewa dengan ketumpulan jentera serangan TRW yang gagal mencipta kemenangan dalam empat daripada lima perlawanan Liga Super termasuk seri 0-0 dengan Negeri sembilan di Stadium Sultan Muhammad IV, malam kelmarin.
Gagal cipta kemenangan

“Saya berpuas hati dengan persembahan yang dipamerkan barisan pertahanan, tetapi jentera serangan tidak mampu melakukan penyudah tajam yang menyebabkan kami gagal mencipta kemenangan.

“Untuk musim ini kami tiada Mat Yo, Mohamed Ghaddar yang menjadi pemusnah utama pasukan musim lalu.

“Kami juga tanpa S Chanturu dan Nurul Azwan yang mampu membawa masuk bola ke dalam kotak penalti dan membuka peluang kepada pemain lain menjaringkan gol.

"Walaupun jentera serangan tidak menjadi, kami masih bernasib baik kerana barisan pertahanan TRW beraksi dengan cemerlang dan dapat mengelak daripada mengalami kekalahan,” katanya semalam.

Untuk Tahu Lebih banyak Info TRW Yg Menarik Tekan Button Follow Di Bawah

Bawa askar ke stadium bukan budaya Malaysia - Shabery

TRWFC
PUTRAJAYA - Tindakan membawa askar ke stadium bukan budaya sukan Malaysia dan perkara seperti itu tidak sewajarnya berlaku, kata Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek semalam.

Menteri Belia dan Sukan menegur insiden pada 15 Januari lalu, apabila sekumpulan askar lengkap berpakaian seragam dan bersenjata mengawal perlawanan bola sepak Liga Super antara Kelantan dengan Johor Darul Takzim di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.

Kehadiran askar yang mengiringi skuad Johor Darul Takzim itu menimbulkan rasa tidak selesa di kalangan pemimpin dan penyokong Kelantan kerana ia menimbulkan polemik seolah-olah Stadium Sultan Muhammad IV tidak selamat.

“Apa yang berlaku di padang bola sekarang adalah perkara yang tidak lazim berlaku. Ia bukan kebiasaan dalam budaya sukan di negara ini.

“Saya tidak fikir wajar mana-mana pihak membawa askar peribadi dan bersenjata ke stadium. Mereka tidak patut mengambil bahagian dalam sukan kerana kita ada polis yang boleh mengawal keadaan, kecualilah jika polis sendiri yang minta bantuan," katanya.

Ahmad Shabery menyaksikan majlis Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kementerian Belia dan Sukan dengan Akademi Skuasy Azlan Iskandar di sini, semalam.

Hubungan Persatuan Bola Sepak Johor (PBNJ) dan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang sudahpun tegang sebelum saingan liga bermula gara-gara isu perpindahan penyerang Norshahrul Idlan Talaha dan menjadi bertambah buruk selepas perlawanan Selasa lalu, yang berkesudahan seri 1-1.

Pengurusan PBNJ mendakwa KAFA tidak menitikberatkan soal kawalan keselamatan menyebabkan beberapa insiden melontar objek kepada penyokong mereka berlaku dalam perlawanan itu.

KAFA pula mendakwa Johor Darul Takzim keterlaluan dalam aspek menjaga pasukan mereka sehingga membawa askar bersenjata ke dalam stadium.

“Perkara yang luar dari kebiasaan sepatutnya diselesaikan segera pada perlawanan akan datang. Jika perkara ini terus berlaku ia akan menjadi sesuatu yang memalukan negara.

“Saya sendiri mengambil berat tentang apa yang berlaku, perkara yang tak lazim berlaku kini sudah berlaku," kata Ahmad Shabery lagi.

Menurut Ahmad Shabery, walaupun kontroversi dalam sukan kadang kala bagus untuk menimbulkan minat orang ramai menyaksikan perlawanan di stadium tetapi kontroversi berlebihan perlu dielakkan.

“Kontroversi penyokong bakar kereta yang pernah berlaku sebelum ini telah menyebabkan stadium dipenuhi peminat, namun kontroversi tidak boleh berterusan.

“Elemen luar biasa dan keganasan akan menjejaskan keyakinan orang ramai terhadap soal keselamatan dalam stadium dan keselamatan negara," katanya.

 PUTRAJAYA - Tindakan membawa askar ke stadium bukan budaya sukan Malaysia dan perkara seperti itu tidak sewajarnya berlaku, kata Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek semalam.

Menteri Belia dan Sukan menegur insiden pada 15 Januari lalu, apabila sekumpulan askar lengkap berpakaian seragam dan bersenjata mengawal perlawanan bola sepak Liga Super antara Kelantan dengan Johor Darul Takzim di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.

Kehadiran askar yang mengiringi skuad Johor Darul Takzim itu menimbulkan rasa tidak selesa di kalangan pemimpin dan penyokong Kelantan kerana ia menimbulkan polemik seolah-olah Stadium Sultan Muhammad IV tidak selamat.

“Apa yang berlaku di padang bola sekarang adalah perkara yang tidak lazim berlaku. Ia bukan kebiasaan dalam budaya sukan di negara ini.

“Saya tidak fikir wajar mana-mana pihak membawa askar peribadi dan bersenjata ke stadium. Mereka tidak patut mengambil bahagian dalam sukan kerana kita ada polis yang boleh mengawal keadaan, kecualilah jika polis sendiri yang minta bantuan," katanya.

Ahmad Shabery menyaksikan majlis Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kementerian Belia dan Sukan dengan Akademi Skuasy Azlan Iskandar di sini, semalam.

Hubungan Persatuan Bola Sepak Johor (PBNJ) dan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang sudahpun tegang sebelum saingan liga bermula gara-gara isu perpindahan penyerang Norshahrul Idlan Talaha dan menjadi bertambah buruk selepas perlawanan Selasa lalu, yang berkesudahan seri 1-1.

Pengurusan PBNJ mendakwa KAFA tidak menitikberatkan soal kawalan keselamatan menyebabkan beberapa insiden melontar objek kepada penyokong mereka berlaku dalam perlawanan itu.

KAFA pula mendakwa Johor Darul Takzim keterlaluan dalam aspek menjaga pasukan mereka sehingga membawa askar bersenjata ke dalam stadium.

“Perkara yang luar dari kebiasaan sepatutnya diselesaikan segera pada perlawanan akan datang. Jika perkara ini terus berlaku ia akan menjadi sesuatu yang memalukan negara.

“Saya sendiri mengambil berat tentang apa yang berlaku, perkara yang tak lazim berlaku kini sudah berlaku," kata Ahmad Shabery lagi.

Menurut Ahmad Shabery, walaupun kontroversi dalam sukan kadang kala bagus untuk menimbulkan minat orang ramai menyaksikan perlawanan di stadium tetapi kontroversi berlebihan perlu dielakkan.

“Kontroversi penyokong bakar kereta yang pernah berlaku sebelum ini telah menyebabkan stadium dipenuhi peminat, namun kontroversi tidak boleh berterusan.

“Elemen luar biasa dan keganasan akan menjejaskan keyakinan orang ramai terhadap soal keselamatan dalam stadium dan keselamatan negara," katanya.


Untuk Tahu Lebih banyak Info TRW Yg Menarik Tekan Button Follow Di Bawah

Kelantan alami sindrom

TRWFC
KOTA BHARU - Perubahan ketara juara treble musim lalu, The Red Warriors daripada sebuah pasukan yang mudah membaham lawan kepada pakar seri semakin merisaukan penyokong mereka dan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) sendiri, Tan Sri Annuar Musa.

Annuar menyifatkan pasukannya kini masih lagi dibuai kejayaan lalu atau pun ‘sindrom selepas menang’ menyebabkan aksi pasukan menjadi hambar meskipun di laman keramat mereka Stadium Sultan Muhammad IV.

Jika musim lalu Kelantan mudah membolosi gawang namun kali ini meskipun enam perlawanan telah dilalui tetapi hanya tiga jaringan yang berjaya diperolehi. Pada masa sama The Red Warriors ketinggalan enam mata dengan pendahulu Liga Super, Pahang.

“Ramai komentar yang cuba mengambil kesempatan dengan melemparkan tuduhan yang berbagai-bagai. Pada saya ini merupakan Post Victory Syndrome (sindrom selepas menang) dengan sikap pemain, keserasian pasukan serta rasa terlalu selesa dan banyak lagi.

“Ramai juga yang sudah mula bergembira dengan prestasi lemah kita dan sudah lama sesetengah pihak menunggu, tapi bagi saya ini hanya satu lagi cabaran.

“Tidak ada yang mudah. Kedah dulu treble sekarang jatuh ke liga bawah, Negeri Sembilan dulu juara kini tercorot, Terengganu dulu juara kini ke bawah, semua berdepan sindrom sesudah menang.

“Kita akan ambil ini sebagai cabaran, saya akan berbuat sesuatu dalam tempoh terdekat ini. Saya tahu tidak mudah, sebab itu kita mahu sahut cabaran, kalau mudah sudah tentu semua orang boleh buat," katanya melalui laman sosial Facebook miliknya ketika mengulas perlawanan menentang Negeri Sembilan kelmarin.

Perlawanan itu berkesudahan seri tanpa jaringan dan lebih mengecewakan kira-kira 5,000 yang hadir adalah The Red Warriors gagal menjelmakan biar satu pun peluang menjaringkan gol.

Ketua Jurulatih Kelantan, Bojan Hodak juga terpaksa melakukan rombakan dalam kesebelasan utamanya selepas kehilangan khidmat dua penggempur mereka, Keita Mandjou yang mengalami kecederaan selain Norfarhan Muhammad juga yang belum cergas sepenuhnya untuk bermain 90 minit perlawanan.

Sementara itu, Hodak terus mengulangi alasan kehilangan empat tonggak utama, Norshahrul Idlan Talaha, Muhammad Ghaddar, Nurul Azwan Roya dan S.Chanturu yang menguatkan barisan kesebelasan musim lalu sebagi punca aksi hambar dipamerkan.

“Menentang sebuah pasukan seperti Negeri Sembilan bukan mudah, mereka meletakkan sembilan pemain di belakang dan memerlukan kita bermain lebih.

“Kita tidak mempunyai pemain sayap yang berkesan seperti tahun lalu.

“Kita ada pemain muda, Izuan (Solahuddin) masuk dan dia buat kelainan dan perlawanan nampak menarik tapi dia tidak bersedia selain Faiz (Subri) juga kembali pulih, saya harap dia boleh menampilkan kelainan pada perlawanan akan datang. Khairul Izuan bermain dengan baik tetapi masalah dia mentah, dia belum ada tahap keyakinan," ujarnya.

Untuk Tahu Lebih banyak Info TRW Yg Menarik Tekan Button Follow Di Bawah

Rajagobal intip Harimau Malaya

TRWFC
PENGENDALI Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal mula melakukan pemerhatian di beberapa venue perlawanan Liga Malaysia bagi mengikuti perkembangan dan prestasi semasa anak- anak buahnya menjelang kempen kelayakan Piala Asia 2015 bulan depan.

Sebelum ini, Rajagobal telah menyenaraikan 26 pelatih bagi mengikuti latihan pusat skuad Harimau Malaya yang dijadualkan bermula Sabtu ini.

Rajagobal memberitahu, apa yang dilakukan beliau ketika ini merupakan tugas rutin iaitu memantau prestasi semasa para pemain Harimau Malaya.

“Kalau kita boleh nampak pemain yang bersinar atau bermain dengan baik, kita akan beri peluang kepada mereka yang menunjukkan permainan baik dan konsisten.

“Saya juga berharap pemain yang mewakili pasukan kebangsaan ini akan bermain dengan baik dalam semua perlawanan Liga Malaysia,” katanya.

Rajagobal berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyaksikan perlawanan Liga Super antara Pahang dan Terengganu di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam kelmarin.

Jelas Rajagobal, setakat ini beliau telah dapat mengumpul barisan pemain terbaik hasil pemerhatian barisan kejurulatihan Harimau Malaya.

Ujar beliau, dua pemain Pahang yang menyerlah ketika ini iaitu Mohd. Hafiz Kamal dan Mohd. Fauzi Rozlan adalah antara pemain disenaraikan untuk dipanggil mengikuti latihan.

Kata beliau, pemain berpengalaman seperti Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha juga dipanggil mengikuti latihan berkenaan.

“Apabila beraksi pada peringkat Asia, kita perlu pemain seperti mereka yang lebih agresif di samping muka-muka baharu.

“Saya percaya kombinasi ini (para pemain) akan membantu skuad negara (bagi menghadapi kempen kelayakan Piala Asia 2015).

“Berbeza dengan saingan Piala Suzuki AFF yang dipertandingkan pada peringkat Asia Tenggara, Piala Asia dilihat lebih mencabar dan memerlukan khidmat para pemain seperti ini,” katanya.

Kempen kelayakan Piala Asia 2015 dijadual bermula 6 Februari depan dengan 20 pasukan akan dibahagi kepada lima kumpulan merangkumi empat pasukan.

Dalam pusingan kelayakan tersebut, skuad Harimau Malaya dundi dalam Kumpulan D bersama Qatar, Bahrain dan Yemen.

Dua pasukan teratas selepas mengharungi enam perlawanan timbal balik akan layak ke pusingan akhir Piala Asia di Australia bermula 4 hingga 26 Januari 2015.


Untuk Tahu Lebih banyak Info TRW Yg Menarik Tekan Button Follow Di Bawah

Rabu, 23 Januari 2013

PBNJ dipelawa hubungi KAFA..

TRWFC

Kota Bharu: Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) boleh menghubungi Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) untuk mengaturkan perjumpaan bagi menyelesaikan pergeseran antara kedua-dua persatuan itu. 

Penasihat KAFA, Tan Sri Annuar Musa, berkata rundingan awal boleh dilakukan dengan Setiausaha Kehormat PBNJ, Suhairi Hashim mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Agung KAFA, Azman Ibrahim. 
Annuar yang dianggap sebagai bapa pembangunan bola sepak Kelantan berkata, mereka kemudian boleh mengaturkan pertemuan antara kedua-dua EXCO dalam menyelesaikan pergeseran yang terjadi sebelum ini. 

“Hanya dengan cara berkenaan boleh menyelesaikan pergeseran ini,” katanya ketika dihubungi, semalam. 


Komando demi keselamatan 



Pergeseran antara KAFA dan PBNJ berlaku selepas KAFA tidak berpuas hati dengan kehadiran beberapa komando bersenjata di Stadium Sultan Muhammad IV, untuk mengawal pemain Johor Darul Takzim (DT), pada 15 Januari lalu. 

Kenyataan daripada KAFA itu kemudian dibalas PBNJ yang mendakwa tindakan mereka membawa komando itu kerana KAFA gagal menyediakan kawalan keselamatan dengan baik kepada penyokong mereka ketika perlawanan antara Kelantan dengan Johor DT di stadium berkenaan. 
Sebelum ini, Annuar menyatakan pergeseran yang berlaku antara KAFA dengan PBNJ boleh diselesaikan dengan kedua-dua pihak bersemuka bagi membincangkan isu itu.
Untuk Tahu Lebih banyak Info TRW Yg Menarik Tekan Button Follow Di Bawah

Tubuh jawatankuasa khas bendung kekecohan

TRWFC
KELAB penyokong bola sepak tanah air mencadangkan agar Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi membendung insiden kekecohan yang dicetuskan para penyokong di stadium.

Timbalan Presiden Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim (Kelate.net), Mahizi Mahmood berkata, jawatankuasa khas yang akan dianggotai kelab penyokong bola sepak negeri itu perlu kerana pada masa ini mereka tidak mempunyai kuasa mencegah masalah tersebut, sedangkan setiap kali berlaku kekecohan mereka dipersalahkan.

"Kita hanya mampu memberi nasihat menerusi laman web dan blog tetapi tidak ramai peminat yang melayarinya. Jadi, adalah wajar jika FAM memberi kuasa kepada kelab penyokong negeri untuk mengambil langkah pencegahan bagi membendung perkara ini," katanya semalam.

Sebelum ini, FAM menuding jari kepada kelab penyokong negeri kerana gagal mengawal tindakan liar peminat seperti yang berlaku ketika saingan Liga Super antara Kelantan dengan Johor Darul Takzim di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu serta perlawanan antara Terengganu menentang Selangor di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu pada 18 Januari lepas.

Mengulas lanjut, Mahizi berkata, hubungan yang rapat dengan penyokong membolehkan kelab bertindak lebih awal dalam menghidu tindakan tidak bermoral segelintir penyokong sebelum merebak.

"Dengan kuasa yang diberi, kita boleh membantu menahan lebih ramai penyokong yang melakukan perkara tidak bermoral seperti membaling mercun dan objek lain ke kawasan padang sebelum menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut," katanya.

Beliau berkata, penubuhan jawatankuasa itu bukan sahaja dapat membendung insiden kekecohan di stadium tetapi juga boleh mewujudkan kerjasama lain demi kemajuan bola sepak tanah air.

Turut bersetuju dengan pandangan itu ialah Presiden Kelab e-Penyokong Bola Sepak Negeri Sembilan (n9fotbal.com), Ahmad Zaini Baharun yang berpendapat, banyak perkara dapat diselesaikan jika ada kerjasama secara rasmi seperti itu.

"Ketika ini kelab penyokong hanya bergerak secara sendiri dan bergantung kepada blog untuk mengumpul penyokong. Jika ada kerjasama dua hala, kelab penyokong dapat membantu FAM menyampaikan maklumat lebih jelas kepada penyokong," katanya.

Beliau berkata, dengan adanya pengiktirafan daripada FAM, kelab penyokong negeri dapat memperluaskan lagi aktiviti mereka dan pada masa sama menjaga kebajikan anggota.

Presiden Johor Fan Club, Azman Jalil berkata, cadangan untuk mewujudkan jawatankuasa bersama dengan FAM itu adalah satu perkara yang baik demi memupuk persefahaman dengan peminat bola sepak tanah air.

"Dengan wujudnya kerjasama itu nanti, kelab penyokong dapat memainkan peranan yang lebih besar untuk mendidik penyokong masing-masing," katanya.


Untuk Tahu Lebih banyak Info TRW Yg Menarik Tekan Button Follow Di Bawah

Selasa, 22 Januari 2013

Kelantan mahu elak seri

TRWFC
KELANTAN sudah tidak rela lagi untuk meraih keputusan seri kerana ia akan menjejaskan kedudukan mereka dalam carta Liga Super.

Hari ini, The Red Warriors itu akan turun menentang Negeri Sembilan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu dengan misi untuk meraih kemenangan.

Ketua jurulatihnya, Bojan Hodak sedar bahawa perlawanan malam ini cukup penting buat para pemainnya membuktikan keupayaan selain mengelak daripada terus tercicir mata dengan pasukan yang berada di tangga teratas liga.

Menurutnya, dua keputusan seri dan satu kekalahan dalam empat perlawanan lalu bukan suatu yang positif untuk pasukannya mempertahankan gelaran trebel ketika saingan Liga Super dilihat semakin mencabar dengan peningkatan beberapa pasukan baharu.

“Kita perlu tampil berhabis-habisan malam esok (malam ini) untuk mendapatkan tiga mata. Saya fikir, peluang beraksi di laman sendiri merupakan satu kelebihan kepada kami dan saya harap kami mampu menghasilkan keputusan yang positif nanti.

“Saya tidak fikir pasukan ini mempunyai masalah yang besar, cuma kami gagal memanfaatkan peluang yang terhidang menyebabkan barisan hadapan kami kelihatan seperti agak tumpul.

“Saya berharap perlawanan malam esok (malam ini) adalah penutup kepada aksi hambar yang kami pamerkan sebelum ini,” katanya semalam.

Tambahnya, walaupun situasi terkini menyaksikan Negeri Sembilan berada di tangga tercorot liga, namun beliau tidak mahu para pemainnya mengambil mudah perlawanan tersebut kerana lawan mereka itu sentiasa menjadi pesaing paling hebat setiap kali mereka bertemu.

Katanya, dalam bola sepak apa sahaja boleh berlaku, namun beliau tidak nampak sebarang sebab kenapa pemainnya melepaskan mata berharga pada setiap perlawanan, sedangkan prestasi mereka kini berada pada tahap terbaik.

“Kita harus sempurnakan setiap peluang dengan baik. Bola sepak tidak memerlukan anda bermain dengan cantik atau sebagus mana pemain tengah dan pertahanan anda beraksi tetapi bola sepak adalah sebanyak mana anda mampu menjaringkan gol dan memenangi perlawanan.

“Pada perlawanan sebelum ini, barisan pertahanan bermain dengan baik dan di jentera tengah, Piya (Badri Radzi) dan Shakir (Shaari) juga cukup cemerlang, namun pada akhirnya kita tetap mempunyai masalah untuk menjaringkan gol,” ujarnya.

Mengulas mengenai kecederaan yang dialami dua penggempurnya, Norfarhan Muhammad dan Keita Mandjou, Hodak berkata: “Norfarhan sudah mula menjalani latihan ringan tetapi saya tidak fikir dia sedia untuk diturunkan malam esok (malam ini).

“ Jika ada pun, mungkin saya akan guna khidmatnya dalam 30 minit terakhir manakala Mandjou juga semakin pulih.

“Haris (Safwan Kamal) dan Indra Putra (Mahayuddin) sudah tentu berada dalam perancangan saya termasuk seorang lagi pemain muda, Khairul Izuan Rosli yang semakin menunjukkan peningkatan.”

Untuk Tahu Lebih banyak Info TRW Yg Menarik Tekan Button Follow Di Bawah

Isnin, 21 Januari 2013

Pasukan mana mereka sokong musim lepas?

TRWFC
Disalin Daripada FB Muhammad Hafiz

Terfikir sejenak fans DTFC yang hadir ke SSMIV tempoh hari adakah mereka sebahagian dari JMF atau fans berbayar di angkut free (walaupun dengarnya bayaran sebanyak RM20 dan RM30 ahli dan bukan ahli). Dari cabang mana mereka semua ini? Pasukan mana mereka sokong musim lepas? Adakah mereka bekas penyokong Johor FC atau Johor FA? atau baru mula menyokong bola bermula musim ini? SAYA TERAMAT PASTI JIKA MEREKA PERNAH KE VENUE LUAR MENYOKONG BOLA MUSIM-MUSIM LEPAS MEREKA TAHU MENGAWAL PERASAAN SEBAGAI PENYOKONG PELAWAT.

Dari segi penyokong Kelantan menerima fans luar, tak kira lah yang mana hadir musim lepas seperti Selangor, Kedah dan Singapura, walaupun kelompok terasa terjaga dan meriah di Kb, tak dapat tidak tetap merasa panas telinga atau emosi KERANA SEBENARNYA PENYOKONG KELANTAN DI DALAM STADIUM TAK PERNAH BERSATU HATI ATAU SEPAKAT MALAHAN MEREKA MEMPUNYAI BANYAK KEPALA DAN MASING-MASING ADA AGENDA PEMBAWAKAN SENDIRI. Nama sahaja penyokong terkuat di Malaysia, penyokong Kelantan tak pernah menjumpai titik pertemuan untuk bersatu hati. Ini adalah keghairahan yang tak terkawal, lagi kan di Astaka pun ada balingan objek, malah lebih menyedihkan balingan objek dari Vip sendiri. Diskriminasi dan rasa tertindas walhal tidak, yang mendidik jiwa memberontak.

Ini tidak boleh di ubah oleh sesiapa kalau diri sendiri yang tidak beriktikad mahu berubah. Kehancuran individual yang membawa pandangan serong kepada kelompok yang besar, yang tidak di tanggung dengan kerugian wang ringgit sahaja malahan lebih besar, anak Kelantan akan di pandang serong untuk beberapa musim lagi kedepan. Apa pun sudah terpalit kita terus kan sahaja, ada masa, jadi jahat bila di tuduh boleh menuetralkan kontroversi yang sudah buruk sedia ada.TRWC

Untuk Tahu Lebih banyak Info TRW Yg Menarik Tekan Button Follow Di Bawah

Ulasan Dan Analisis Selepas 4 Perlawanan

TRWFC
Disalin daripada FB Muhammad Hafiz
Apa yang saya perhatikan Kelantan FA masih melalui tempoh gain fitness dan saya pasti pertukaran Jurulatih Fitness yang baru masih di peringkat mencuba untuk mendidik fitness gaya yang sama di buat oleh bekas jurulatih lepas, Reuben Jude yang sekarang bekerja untuk ATM FA. Diselangi dengan kekurangan jentera serangan selepas 4 attacker keluar, hanya dua attacker masuk dan 2 lagi midfielder. Kemudian permulaan yang tak bagus kerana Faiz Subri cedera dan Izuan Solahuddin baru sahaja sembuh dan saya pasti tak lebih dari 60% fit untuk Solah turun bermain.

Nama nama lain yang diserap dari skuad presiden bergelut dengan kematangan untuk selalu diberikan peluang bermain untuk mendapat tune, manakala pemain baru bergelut dengan persefahaman. Jadi coach punya masalah ketika sesi latihan untuk menggabungkan latihan fitness, latihan kematangan dan latihan persefahaman. Yang keempat masalah yang saya rasa ialah kombinasi taktikal approach. Contohnya kenapa coach perlu rehatkan Zairo sedangkan dia pemain utama yang berkualiti, ini kerana keseimbangan kombinasi antara tengah dan penyerang dalam sentuhan formasi. Coach ada 4 perkara berperingkat untuk difikirkan dan perlukan langkah yang betul dan tersusun untuk selesaikan masalah ini.

Sudah lah tak cukup penyerang, masalah kecederaan menimpa, kemudian masalah nak serasikan pemain muda dan pemain senior kemudian kena susun formasi yang betul dengan gunakan pemain yang betul di posisi yang tepat. Yang terakhir sekali yang saya sentiasa pertikaikan dan ini saya nampak coach sudah ambil berat iaitu masalah pertukaran pemain yang tepat di masa yang mengena. Sikit kesilapan pertukaran ketika tempo permainan menyerang dan bertahan perlu diperseimbangkan kerana dah lah tak boleh score, kena pula perlu fikir untuk elakkan dari dibolosi, oleh itu pertukaran pemain hendak lah di lakukan dengan tepat.

Separuh masa yang pertama seperti biasa Bojan ada dua kekuatan sahaja yang tinggal untuk menjaringkan gol. kekuatan pertama ialah Shakir dan Piya dan yang kedua Indra dan Farhan. Kalau tak ada 2 kekuatan ini, saya rasa kekuatan Kelantan FA musim ini pasti nya sama seperti pasukan liga perdana sahaja. Empat orang ini, Farhan dan Indra akhirnya dilihat terkulai tenaga nya kerana memerah keringat yang sebenar-benar nya. Begitu juga Piya dan Shakir, namun mereka berdua mujur lah masih bersisa tenaga kerana jika di kaji kaedah dan penggunaan speed lebih berkurang dari dua sayap Kelantan itu. Akhir nya Farhan cedera, dan Indra wajib di gunakan sepenuhnya sehingga kalau cedera betul baru lah di keluarkan.

Separuh masa kedua, awal nya nampak menarik, Iwan Seli dan Zamri di jadikan penyerang pasangan, dengan Indra dan Haris Safuan di jadi kan pemain tengah. Kemudian Iwan Solah dan akhir sekali Aris Zaidi digunakan. Ketika tenaga pemain senior sudah di penghujung, kudrat pemain muda di kerah, akhirnya mata saya yang selalu melihat perlawanan Piala Presiden, menampak kan kejelmaan skuad remaja dalam pasukan Juara Treble. Gaya amatur anak-anak Piala Presiden menyerang nampak sedap di tonton namun jangan mengharap mereka akan melakukan gerakan bergaya.

Yang coach belum sampai peringkat lagi ialah setup dua perkara ini, iaitu gerakan terancang, build up attack dari midfield kemudian one two pass dalam dan berhampiran box seperti yang selalu Kelantan persembahkan musim 2012. Gaya ini tidak mungkin boleh dilaksana kan dengan keadaan permasalahan skuad Kelantan yang saya highlight diatas. Ianya mesti di buat berperingkat, tidak boleh langkau muka surat dalam latihan. Gaya pasukan sekarang bermain bola seperti Liga Perdana sahaja, atau tidak mahu keterlaluan seperti gaya pasukan mid table sahaja. Ciri-ciri juara belum mampu di tuntaskan kerana masalah diatas.

Haris Safuan bukan lah nama tepat untuk gantikan Matyo dan Pertratos mungkin nama tepat untuk ganti Ghaddar, bukannya Mandjou. Ini yang dipersembahkan sekarang, ini penilaian nya, bukan alasan kita mampu atau tidak, bukan bermakna kita kita tidak sabar atau cepat melenting. Persembahan bek dan goalie sudah terpuji, bukan kata mereka tak letih, tapi ciri-ciri pejuang itu tak luntur. Saya berani kata kan ada 3 orang pemain sahaja berbaki diatas padang yang masih ada Winnin Mentality, iaitu Obinna, Piya dan Farhan.

Kalau 3 orang ini luntur semangatnya selepas rehat sebulan untuk bertemu Selangor nanti, kita masih belum berubah dan sesuatu yang drastik benar-benar harus di laku kan jika tiada perubahan di pertengahan Februari nanti. Ini tempoh yang dinantikan, ini kesabaran yang dicanang, jika tak mampu dibawa perubahan, angin perubahan lain akan bertiup dan peminat sekarang sudah tawar hati dan disuruh bersabar, mereka akur. Mereka tidak kisah jika seri lagi dengan Negeri Sembilan di tempat sendiri. Asalkan jangan kalah dan kemenangan bukan lagi perkara yang mereka yakini mampu digapai. Nak menang macamana nak score gol tak dapat, itu ayat orang kedai kopi yang senang di fahami oleh semua peringkat masyarakat. TRWC
Untuk Tahu Lebih banyak Info TRW Yg Menarik Tekan Button Follow Di Bawah

Shabery minta KAFA, PBNJ segera tamatkan kontroversi

TRWFC
Jangan biarkan kontroversi menjadi keterlaluan, ia boleh menghilangkan keyakinan peminat terhadap bola sepak kita.

Itu teguran Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek terhadap kontroversi di antara Kelantan dan Johor Darul Takzim (DT) yang semakin berlarutan.

Ahmad Shabery, yang tidak memihak kepada sesiapa berkata, Persatuan Bola Sepak Johor (PBNJ) dan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) termasuk Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) perlu melihat masalah tersebut dengan serius.

"Dari satu segi, kontroversi memang baik kepada sukan, namun kontroversi yang keterlaluan akan menyebabkan orang mula hilang keyakinan kepada sukan itu sendiri," katanya kepada media selepas melepaskan Kayuhan OCBC 2013 semalam.

Perang mulut di antara pemimpin KAFA dan PBNJ mencapai kemuncak ketika pertembungan kedua-dua pasukan dalam saingan Liga Super Selasa lalu di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di mana kedua-dua pasukan mencatat keputusan seri 1-1.

Apa yang mencetuskan kontroversi ialah pengurusan Johor DT mendakwa KAFA tidak menitikberatkan soal kawalan keselamatan menyebabkan beberapa insiden melontar objek kepada penyokong mereka.

Namun KAFA pula mendakwa Johor DT agak keterlaluan dalam aspek menjaga pasukan mereka sehingga membawa Anggota Rejimen Ke-21 Gerak Khas Komando (GGK) yang dilengkapi dengan senjata.

Sebelum itu, isu perpindahan Norshahrul Idlan Talaha ke Johor Darul Takzim mencetuskan perang mulut sesama persatuan.

"Saya melihat perkara ini dengan serius. Perkara ini sepatutnya tidak berlaku lagi dan FAM perlu bertindak tegas seperti Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

"Melindungi pemain dan penonton adalah tindakan yang perlu diambil oleh pasukan tuan rumah, pasukan pelawat pula tidak semestinya menyediakan kawalan terhadap pasukan dengan membawa komando," katanya.

Ahmad Shabery berkata, melakukan kawalan dengan membawa askar peribadi memberi gambaran seolah-olah bahawa negara kita tidak selamat.

"Perkara yang luar dari kebiasaan sepatutnya perlu segera diperbaiki menjelang perlawanan akan datang. Jika perkara ini terus berlaku ia akan menjadi sesuatu yang memalukan negara," kata Shabery.


Untuk Tahu Lebih banyak Info TRW Yg Menarik Tekan Button Follow Di Bawah

KAFA nafi dakwaan PBNJ

TRWFC
PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) menafikan dakwaan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) yang mengatakan kawalan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu longgar ketika pertemuan melibatkan kedua-dua pasukan pada 15 Januari lalu.

Presidennya, Tan Sri Annuar Musa menegaskan, bagi memastikan kawalan berada pada tahap terbaik, pihaknya telah mengadakan rundingan bersama PBNJ sebelum perlawanan tersebut berlangsung.

Menurutnya, rundingan bersama PBNJ itu turut disertai pasukan keselamatan seperti polis dan pasukan Ikatan Relawan Malaysia (Rela).

"Keseluruhannya saya mengucapkan terima kasih kepada pihak polis Kelantan dan juga Rela. Saya fikir dari segi keselamatan mereka telah buat yang terbaik dan tidak ada peristiwa di luar kawalan berlaku.

"Mengenai provokasi (di antara penyokong) seperti baling botol, kita tak boleh nak debatkan. Setakat yang kita mampu, KAFA telah pun mengambil tindakan dan kita tidak mengambil tindakan bersendirian," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika menghadiri mesyuarat tertutup Badan Perhubungan UMNO Kelantan di Kota Bharu semalam.

Kosmo! kelmarin melaporkan, Annuar menasihatkan Tunku Mahkota Johor supaya menjalankan tugas presiden bola sepak negeri seperti mana yang dilakukan oleh presiden- presiden lain.

Annuar memberitahu, tindakan penyokong Kelantan yang menimbulkan provokasi terhadap penyokong Johor adalah di luar kawalan KAFA kerana ia berada di luar aspek keselamatan seperti yang telah diperbincangkan.

"Kita tak boleh halang orang menyokong ataupun bersorak provokasi. Yang kita cakap sekarang adalah mengenai keselamatan, bukan provokasi, bukan sorakan, bukan mengejek tetapi ini mengenai keselamatan," ujarnya.


Untuk Tahu Lebih banyak Info TRW Yg Menarik Tekan Button Follow Di Bawah

Ahad, 20 Januari 2013

Selangor calar ego Pahang

TRWFC
PEMAIN gantian, Muhammad Ramzul Zahini Adenan muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan 3-2 Selangor ke atas Pahang 3-2 pada aksi Liga Super di Stadium Shah Alam malam tadi.

Bekas pemain Kelantan itu tidak mempersia-siakan peluang yang terhidang hasil hantaran menarik dari Shukor Jusoh untuk menjaringkan gol ketiga Selangor pada minit ke-80.

Sebelum ini penyerang veteran, Mohd. Amri Yahyah menjaringkan dua gol buat skuad Gergasi Merah.

Amri meletakkan Selangor di depan seawal minit kedua apabila bijak memanfaatkan hantaran rendah Solihin Kanasian sebelum pemain berusia 32 tahun itu menyumbat gol kedua selepas menolak mudah hantaran S. Veenod, sekali gus menewaskan penjaga gol Pahang, Mohd. Nasril Nordin pada minit ke-20.

Tersentak dengan dua gol tersebut, skuad Tok Gajah kembali bangkit dengan melancarkan serangan ke kubu pertahanan Selangor dan hasilnya, penyerang sensasi Pahang, Mohd. Fauzi Roslan berjaya merapatkan jurang apabila meledakkan gol pertama pada minit ke-24.

Kesungguhan Pahang untuk menjaringkan gol penyamaan berbaloi apabila bekas pemain Selangor, Mohd. Razman Roslan mudah menyempurnakan sepakan penalti tiga minit sebelum separuh masa pertama tamat untuk mengikat kedudukan 2-2.

Bersambung di separuh masa kedua perlawanan, Pahang kembali menguasai perlawanan apabila melancarkan serangan bertali arus ke benteng pertahanan Gergasi Merah.

Begitupun, Ramzul memastikan skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim meraih tiga mata berharga apabila menjaringkan gol kemenangan, sekali gus membantu Selangor menghuni tangga kedua setelah mengutip sembilan mata.

Meskipun tewas kepada Selangor, skuad kendalian Dollah Salleh kekal di puncak liga setelah berkongsi mata dengan Selangor dan Lions XII dengan kelebihan perbezaan jaringan.

"Saya tetap berpuas hati dengan persembahan skuad saya malam ini. Hanya kelalaian barisan pemain saya menyebabkan pasukan kami gagal meraih sekurang-kurang satu mata," ujar Dollah kepada pemberita selepas tamat perlawanan.

Dalam perkembangan yang sama, Irfan tetap meluahkan rasa kagum kepada Pahang yang menggunakan 100 peratus tenaga tempatan selain menganggap skuad kendaliannya memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri.

"Saya sangat gembira dengan kemenangan ini dan sejujurnya, saya amat menghormati Pahang dengan sikap juang mereka serta menurunkan barisan pemain tempatan," kata Irfan.

Sementara itu, di Stadium Jalan Besar Singapura, Terengganu mencatat kekalahan kedua berturut-turut selepas tewas 1-2 kepada Lions XII.

Di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, Negeri Sembilan gagal memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri apabila tewas 0-1 kepada Perak hasil jaringan Mohd. Failee Mohamad Ghazli pada minit ke-96.


Untuk Tahu Lebih banyak Info TRW Yg Menarik Tekan Button Follow Di Bawah

PBNJ buat akuan bersumpah

TRWFC
PERSATUAN Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) bertindak membuat akuan bersumpah terhadap Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang didakwa gagal mengawal keselamatan para pemain serta penyokong Johor Darul Takzim (Johor DT) pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Selasa lalu, lapor MAZLINA ABDUL MAJID.

Akuan tersebut dibuat oleh Setiausaha Kehormat PBNJ, Suhairi Hashim dan Bendahari Kehormat PBNJ, Datuk Abd. Latif Bandi yang juga merangkap Penolong Pengurus pasukan Johor DT.

Menurut Suhairi, akuan itu akan diserahkan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebagai rujukan.

"Tujuan (membuat akuan bersumpah) ialah untuk mendapatkan jawapan terhadap janji KAFA yang mahu menjamin keselamatan dan keselesaan para penyokong Johor DT sebagai tetamu. Ada antara mereka yang cedera dan trauma gara-gara insiden baru-baru ini.

"Saya sebagai ketua yang sepatutnya menjaga keselamatan ahli rombongan berasa amat kecewa dan malu kepada peminat-peminat Johor DT," katanya kepada Kosmo! Ahad di Johor Bahru semalam.

Akuan bersumpah itu antara lain menjelaskan butiran mesyuarat antara wakil KAFA iaitu Tan Sri Annuar Musa dan Datuk Ismail Mohd. Nor mengenai perlawanan kedua-dua pasukan pada pukul 2 petang, 15 Januari lalu sebelum permainan berlangsung.

Kenyataan tersebut turut menyebut, Annuar dan Ismail mengesahkan bahawa mereka tidak dimaklumkan tentang kehadiran 200 penyokong Johor DT tetapi bersedia untuk menyambut kedatagan tetamu VVIP dari Johor DT walaupun hal itu telah dimaklumkan dalam surat PBNJ kepada KAFA bertarikh 14 Januari lalu.

"Kami berbincang tentang suasana semasa apabila penyokong Kelantan masih tidak berpuas hati dengan isu Norshahrul Idlan Talaha (Mat Yo) dan saya menyatakan bahawa semua pihak perlu bersedia berhadapan provokasi daripada penyokong, serta kebimbangan tentang isu keselamatan.

"Oleh itu, Annuar telah minta Ismail untuk memanggil satu mesyuarat keselamatan antara PBNJ, KAFA dan pihak-pihak yang bertanggungjawab," menurut akuan tersebut.


Untuk Tahu Lebih banyak Info TRW Yg Menarik Tekan Button Follow Di Bawah

Jangan bawa perkara pelik

TRWFC
KOTA BHARU - Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa menasihatkan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim supaya tidak membawa perkara-perkara 'pelik' dalam Liga Malaysia kerana sistem yang ada sepatutnya sudah cukup baik sekiranya dipatuhi.

Annuar mengulas mengenai perkembangan mutakhir bola sepak negara terutama berhubung isu perpindahan Norshahrul Idlan Talaha dan yang terbaru, apabila pasukan Johor Darul Takzim membawa Anggota Rejimen Ke-21 Gerak Khas Komando (GGK) di Stadium Sultan Muhammad IV.

Beliau berkata, tindakan mengambil pemain pasukan lain melalui 'pintu belakang' sepatutnya tidak berlaku dan bola sepak negara juga tidak pernah dilanda kegawatan sehingga memerlukan pengurusan menyediakan sepasukan askar untuk mengawal ketat pemain mereka.

Justeru, beliau menyeru Tunku Mahkota Johor yang juga merupakan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) serta semua individu lain tidak kira pangkat sekiranya mahu menerajui sesebuah persatuan bola sepak perlulah mematuhi setiap peraturan dan undang-undang yang ada.

"Saya jarang hendak memberi komen secara terbuka kepada Tunku Mahkota Johor selaku Presiden PBNJ. Sekarang saya harus lebih terbuka supaya dia (Tunku Mahkota Johor ) faham.

"Sebelum ini belum pernah berlaku kegawatan dalam bola sepak negara. Sekarang timbul soal mengambil pemain secara pintu belakang, bawa masuk GGK dalam stadium, ini semua hanya dibawa oleh PBNJ sahaja.

"Sebagai orang lama, saya sebagai Presiden dan dia juga sebagai Presiden, saya mahu nasihat dia dan dia juga pernah menasihati saya sebelum ini.

"Tak perlu bawa benda pelik dalam bola sepak negara, buat seperti biasa sahaja," katanya ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Awal Persekolahan di Sekolah Kebangsaan Sri Melor di sini, semalam.

Baru-baru ini pasukan Johor Darul Takzim membawa masuk GGK di stadium sehingga menimbulkan polemik adakah Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu tidak selamat.

Pertembungan antara Johor Darul Takzim dan Kelantan bukan sekadar di atas padang kerana sebelum liga bermula perbalahan telah timbul membabitkan perpindahan Norshahrul ke pasukan Harimau Selatan itu yang didakwa KAFA sebagai salah.

Bagaimanapun Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) melalui mesyuarat Jawatankuasa Pusat menjelaskan tindakan Norshahrul tidak salah. Selain itu, tindakan membawa GGK, FAM turut mengatakan tidak ada kesalahan.

Dalam pada itu Annuar ketika ditanya mengenai keputusan FAM itu, secara sinis berkata, setakat ini Johor Darul Takzim tidak pernah melakukan kesalahan.

"Ambil Norshahrul runding pintu belakang tidak salah, bagi sijil perpindahan sebelum menyelesaikan hutang tidak salah, bawak masuk senjata pun tidak salah. Setakat ini yang saya tahu bagi FAM Johor tidak pernah salah. Kelantan sahaja yang salah," katanya lagi.


Untuk Tahu Lebih banyak Info TRW Yg Menarik Tekan Button Follow Di Bawah

Sabtu, 19 Januari 2013

Serangan Felda, Kelantan tidak menjadi

TRWFC
Jentera serangan tumpul! Itulah yang menjadi faktor utama perlawanan Felda United dan Kelantan berkesudahan seri tanpa jaringan di Stadium MBPJ, Petaling Jaya.

"Ini adalah keputusan seri kali kedua diperolehi Kelantan, dan saya harap Kelantan bermain lebih baik dalam perlawanan seterusnya. Saya betul-betul mahukan kemenangan," kata jurulatih Kelantan, Bojan Hodak selepas tamat perlawanan.

Kedua-dua pasukan beraksi hambar sepanjang sepuluh minit pertama dengan tiada gerakan dan percubaan merbahaya ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan.

Bagaimanapun, gergasi pantai timur itu meraih peluang terbaik menerusi gandingan Mohd Nor Farhan dan Indra Putra di minit ke-15. Farhan berjaya melorongkan bola dengan baik kearah gawang, namun larian Indra tidak menjadi dan dia terjatuh sebelum melakukan rembatan.

Di minit ke 21, gawang Kelantan cemas apabila Mohammad Ghaddar bijak melepasi pertahanan mereka, sebelum penyerang itu melakukan percubaan yang hanya sedikit tersasar.

Kad kuning terpaksa dilayangkan pengadil kepada pemain Felda, Azmizi Azmi kerana dia jelas menjatuhkan Zamri Ramli di minit ke-37.

Biarpun permainan banyak berlegar di bahagian tengah, Kelantan banyak membuat hantaran-hantaran menarik.

Kebuntuan mencari gol berlanjutan hingga ke separuh masa kedua. Kubu Felda terancam  di minit ke-60 apabila berlaku kelam kabut di depan gawang.

Dalam kekalutan itu Haris Safwan berjaya mencuri peluang untuk menewaskan penjaga gol Felda, Mohd Helmi, namun jaringan itu tidak dikira kerana ofsaid.

Sepakan percuma dihadiahkan kepada Kelantan selepas Daudsu dijatuhkan di minit ke-65, namun tendangan percuma yang diambil Badhri Radzi atau Piya mudah diselamatkan Helmi.

Selain hantaran-hantaran yang kurang tepat, beberapa pemain kedua-dua pasukan dilihat tergopoh gapah dan kerap melakukan kesilapan mudah ketika melakukan serangan.

Di penghujung permainan, Kelantan melancarkan serangan kilat sebelum Indra dijatuhkan dan tendangan Piya mudah ditepis.

Permainan semakin rancak. Obinna Nwaneri yang muncul dari belakang membuat lambungan kearah sudut gawang, sebelum ia sekali lagi diselamatkan Helmi.

Untuk Tahu Lebih banyak Info TRW Yg Menarik Tekan Button Follow Di Bawah

Johor DT seri lagi

TRWFC
HASRAT skuad Johor Darul Takzim (Johor DT) untuk meraih kemenangan ke atas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada aksi Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin malam tadi musnah.

Mereka sekadar mencatat keputusan seri 2-2 meskipun Johor DT dilihat berpeluang meraih tiga mata penuh atas kelebihan beraksi di gelanggang sendiri, namun peluang tersebut tidak dipergunakan sepenuhnya.

Menurunkan kesebelasan utama yang dianggap terbaik, Johor DT bermula agak perlahan sehingga membenarkan ATM mendahului perlawanan seawal minit kelima.

Begitupun, tuan rumah tidak panik dengan kejutan ATM itu sebaliknya bangkit gagah untuk menguasai permainan.

Ia merupakan keputusan seri kedua berturut-turut buat skuad bimbingan Fandi Ahmad itu selepas seri 2-2 ketika berkunjung ke Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan Selasa lalu.

Pada aksi semalam, ATM yang juga juara Piala Sumbangsih awal bulan ini memperoleh gol pertama pada minit kelima menerusi rembatan Amiridzwan Taj Tajudin yang menewaskan penjaga gol Mohd. Zamir Selamat.

Rentak permainan Johor DT mula berubah sebaik pemain import, Daniel Guiza menyamakan kedudukan pada minit ke-17.

Guiza yang juga bekas penjaring terbanyak La Liga Sepanyol bijak mengambil kesempatan daripada kesilapan pertahanan lawan, Irwan Fadly Idrus yang gagal mengeluarkan bola dengan kemas daripada kawasan penalti sekali gus memberi peluang kepadanya untuk melakukan rembatan kencang menewaskan penjaga gol, Farizal Harun.

ATM kembali berada di hadapan setelah menjaringkan gol kedua pada minit ke-39 menerusi tendangan percuma Irwan Fadly Idrus.

Selang seminit, Johor DT kembali menyamakan kedudukan apabila Norshahrul Idlan Talaha menyepak masuk hantaran lintang Nurul Azwan Roya.

Sebelum perlawanan berakhir, Johor DT mempunyai beberapa peluang terbaik untuk menambah jaringan tetapi percubaan Mohd. Safee Sali, Norshahrul Idlan Talaha, Nurul Azwan Roya dan Guiza gagal disempurnakan dengan baik meskipun mempunyai kelebihan selepas ATM terpaksa beraksi dengan hanya 10 pemain selepas Mohd. Fitri Omar diarah keluar padang.Kosmo


Untuk Tahu Lebih banyak Info TRW Yg Menarik Tekan Button Follow Di Bawah

Jumaat, 18 Januari 2013

Live:Felda United vs Kelantan

TRWFC


Sape cepat dio dapat tgk........xthu sapa bila bley tgk..doakan astro arena x block..



Untuk Tahu Lebih banyak Info TRW Yg Menarik Tekan Button Follow Di Bawah

Tunku Ismail kecewa insiden di Kota Bharu

TRWFC
PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim meluahkan rasa kecewa terhadap sikap Persatuan Bola Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang didakwa sengaja menimbulkan kekecohan ekoran kehadiran Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF) pada perlawanan Liga Super antara Johor Darul Takzim (Johor DT) menentang Kelantan di Stadium Sultan Muhammed IV, Selasa lalu.

Jelas Tunku Ismail kepada Kosmo!: “JMF tidak berada di sana, kalau ada pun, mereka adalah penyokong yang memakai baju Johor dan mereka tidak bertugas ketika itu.”

Ujar baginda lagi, JMF seperti yang digembar-gemburkan oleh media sebelum ini merupakan Kumpulan Gerak Khas 21 Komando dari Kem Gerak Khas Mersing, Johor yang perlu bersiap sedia sekiranya Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail Sultan Iskandar berhasrat mencemar duli ke stadium berkenaan dan ia tiada kena mengena dengan PBNJ.

“Ia adalah Prosedur Operasi Standard (SOP) pada hari itu sekiranya menerima arahan kalau-kalau Ke Bawah Duli Tuanku mencemar duli untuk berangkat,” titah baginda pada sidang akhbar di Istana Bukit Pelangi, Johor Bahru semalam.

Tunku Ismail turut mengesahkan, beliau tidak berada di stadium ketika perlawanan itu berlangsung.

“Saya tidak faham kenapa pihak di sana (Kelantan) cuba alihkan perhatian kepada kehadiran JMF dan akhirnya Johor menjadi mangsa. Kita yang terkena balingan botol kaca, batu dan banner kita diambil dan dikoyakkan oleh penyokong Kelantan, seorang kanak-kanak dan seorang penyokong wanita kita turut terkena balingan botol dan kayu.

“Demi keselamatan juga, para pemain kita pula terpaksa turun ke tengah-tengah padang, lampu stadium ditutup dan dengan cara bersembunyi kita melalui pintu belakang untuk pergi ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan,” titah baginda.

Pada perkembangan berkaitan, Tunku Ismail turut mempersoalkan ketiadaan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang berkawal di stadium memandangkan telah beberapa kali insiden buruk tercetus dalam kalangan penyokong The Red Warriors sebelum ini.

“Saya tertanya-tanya kenapa KAFA tak benarkan FRU berada di stadium, saya dah bincangkan hal ini sebelum ini, hal ini sepatutnya tidak berlaku.

“Yang paling mengecewakan saya ialah Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faiz Petra Sultan Ismail Petra turut terkena (balingan botol), ini sekali gus menunjukkan pihak Kelantan gagal mengawal penyokong mereka.”

Dalam pada itu, secara sinis, Tunku Ismail turut menyelar tindakan individu tertentu yang disifatkannya seperti ‘baling batu sembunyi tangan’ apabila bertindak melakukan provokasi melalui laman sosial Facebook bagi membangkitkan kemarahan ramai.

Titah baginda, pihaknya tidak akan berdiam diri dan akan kemuka aduan kepada FAM.Kosmo


Untuk Tahu Lebih banyak Info TRW Yg Menarik Tekan Button Follow Di Bawah

Norfarhan mahu buktikan

TRWFC
SELEPAS enam tahun tersisih daripada menyarung jersi skuad bola sepak kebangsaan, pemain sayap Kelantan, Mohd. Norfarhan Mohammad kembali dipanggil untuk menjalani sesi latihan skuad negara bagi menghadapi aksi persahabatan antarabangsa dan kempen kelayakan Piala Asia 2015.

Aksi Norfarhan membantu pasukannya menjulang kejuaraan trebel musim lalu mendapat perhatian pengendali skuad kebangsaan Datuk K. Rajagobal untuk menjalani latihan bersama Harimau Malaya.

Pemain kelahiran Kuala Terengganu itu menyertai mengiringi tiga tonggak The Red Warriors iaitu Shakir Shaari, Khairul Fahmi Che Mat dan bintang muda, Nik Mohd. Shahrul Azim Ab. Halim.

Norfarhan ketika ditemui pemberita menyifatkan pemilihan tersebut bakal melonjakkan lagi perjalanan kariernya selaku pemain bola sepak.

Menurutnya, dia berazam untuk menggunakan peluang tersebut sebaik mungkin bagi membuktikan dia layak menyarung jersi pasukan kebangsaan.

“Saya gembira dengan berita ini. Ia merupakan sesuatu yang baik untuk saya dan perjalanan karier bola sepak saya,” katanya.

Norfarhan antara muka lama yang berjaya mendapat kepercayaan Rajagobal untuk menjalani latihan bersama skuad kebangsaan selain tonggak Terengganu, Ashaari Shamsuddin.

Mengulas mengenai pertemuan dengan Felda United esok (hari ini), pemain yang terkenal dengan gelaran Ben10 dalam kalangan peminat The Red Warriors mahu rakan-rakan sepasukan memberikan aksi terbaik pada perlawanan itu kelak.

“Tiga mata perlu diraih dalam perlawanan ini. Felda United bukanlah calang-calang pasukan, mereka mempunyai pemain hebat seperti Mohammad Ghaddar di jentera serangan.

“Begitu juga dengan pertahanan yang dikemudi oleh tonggak berpengalaman seperti Khairulnisham Shahbuddin, jadi kita tidak boleh ambil mudah perlawanan ini,” ujarnya.Kosmo


Untuk Tahu Lebih banyak Info TRW Yg Menarik Tekan Button Follow Di Bawah

Hanya prosedur biasa – Azzuddin

TRWFC

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) menegaskan, kehadiran Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF) pada perlawanan Liga Super antara Kelantan dengan Johor Darul Takzim (Johor DT) di Stadium Sultan Muhammed IV Kota Bharu Selasa lalu merupakan prosedur biasa buat kerabat diraja.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad memberitahu, ia sejajar dengan polisi JMF yang ditugaskan menjaga keselamatan Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim.

Azzuddin berharap perkara itu tidak disensasikan oleh mana-mana pihak selain menggesa penyokong-penyokong bola sepak tempatan tidak terkeliru dengan kehadiran JMF itu.

“Sebenarnya, ia adalah prosedur biasa buat JMF untuk menjaga keselamatan Tunku Ismail selaku Tengku Mahkota Johor.

“Sebelum Tunku Ismail berangkat ke Kelantan, JMF terlebih dahulu bergerak ke stadium bagi memastikan perjalanan baginda berjalan dengan lancar.

“Namun disebabkan masalah tertentu, Tunku Ismail tidak dapat hadir pada perlawanan tersebut.

“Saya berharap kepada semua pihak agar tidak salah faham mengenai situasi tersebut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Terdahulu, kehadiran JMF yang lengkap bersenjata telah mengundang perasaan kurang senang dalam kalangan penyokong-penyokong Kelantan.

Difahamkan, kehadiran anggota tentera tersebut telah mempengaruhi tindakan peminat-peminat The Red Warriors yang membuat kecoh sejurus tamat perlawanan.

Pada perlawanan tersebut, Kelantan sekadar seri 1-1 dengan Johor DT.

Dalam perkembangan sama, Azzuddin turut mengesahkan bahawa Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) tidak menghantar aduan rasmi berhubung perkara itu.

“Setakat ini FAM tidak menerima sebarang aduan rasmi daripada KAFA berhubung kehadiran JMF,” katanya.Kosmo

Untuk Tahu Lebih banyak Info TRW Yg Menarik Tekan Button Follow Di Bawah

Khamis, 17 Januari 2013

Safiq Rahim gugur

TRWFC

KUALA LUMPUR - Harimau Malaya semalam mengumumkan skuadnya dengan ketua pasukan Safiq Rahim tiada dalam senarai 26 pemain yang terpilih mengikuti latihan skuad kebangsaan

Selain Safiq, beberapa nama lain termasuk muka baharu dan lama kembali dipanggil oleh ketua jurulatih, Datuk K. Rajagobal untuk latihan pusat menghadapi Qatar pada perlawanan Kelayakan Piala Asia 2015 pada 6 Februari ini.

Safiq yang bersama Johor Darul Takzim FC pada Liga Malaysia musim ini, dilihat masih belum dapat menyesuaikan diri dengan pasukan baharunya dan pengguguran pemain tengah berusia 25 tahun itu mungkin bukan satu yang terlalu mengejutkan.

Di samping itu, pemain-pemain yang menganggotai skuad Piala Suzuki AFF 2012 yang turut digugurkan pada kali ini ialah Azmi Muslim, Ahmad Fakri Saarani, Ahmad Hazwan Bakri, sementara Zubir Azmi serta Baddrol Bakhtiar sekadar diletakkan dalam senarai menunggu.

Malah, pemain yang menyerlah pada awal saingan Liga Super musim ini seperti Mohd. Fauzi Roslan dari Pahang mendapat panggilan pertama menyertai Harimau Malaya.

'Ayam tambatan' Kelantan, Mohd. Norfarhan Muhammad turut kembali menambat hati Rajagobal untuk diserapkan dalam pasukan kebangsaan sejak kali terakhir pada tahun 2008.

Selain itu, Ashari Samsudin (Terengganu), K. Reuben (ATM), Asraruddin Putra Omar dan K. Gurusamy (Selangor) turut berada dalam perancangan di samping beberapa pemain lain seperti Yong Kuong Yong (Perak) serta Nik Mohd. Shahrul Mohd. Azim (Kelantan).

Gandingan Norshahrul Idlan Talaha dan Safee Sali dijangka terus mendapat pilihan utama apabila kedua-dua pemain Johor Darul Takzim itu masih disenaraikan bersama pemain-pemain lain seperti Farizal Marlias, Aidil Zafuan Abdul Razak, S. Kunanlan, Bunyamin Umar dan Khairul Fahmi Che Mat.

Kelibat pemain Harimau Muda A seperti Mohd. Fadhli Shas, Gary Steven Robbat dan Wan Zack Haikal Wan Noor terus ditagih oleh Rajagobal.

Namun, ke mana haluan sebenar ketiga-tiga pemain ini pasti timbul kerana pasukan bimbingan Ong Kim Swee itu akan berangkat ke Australia pada 23 Januari hingga ke 6 Februari ini.

Cuma yang menjadi persoalan berdasarkan kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ialah kelibat Amar Rohidan masih berada dalam perhatian Rajagobal walaupun sekadar menampilkan aksi sederhana bersama Felda United.

Walaupun persembahannya mendapat kritikan hebat semasa Piala Suzuki AFF 2012, nampaknya Amar menjadi pilihan pengendali Harimau Malaya yang berusia 56 tahun itu biarpun masih mempunyai beberapa pilihan lain di bahagian tengah seperti Mohd. Amirulhadi Zainal (Pahang) dan Rezal Zambery Yahya (ATM).

Selain itu, ketua pasukan Kelantan, Mohd. Badhri Radzi nampaknya masih belum mendapat kepercayaan Rajagobal walaupun telah menampilkan persembahan terpuji dalam beberapa perlawanan sebelum ini terutama ketika bertemu Johor Darul Takzim FC.

Semua pemain akan melapor diri pada 26 Januari ini di Wisma FAM sebelum berangkat ke Dubai, Emiryiah Arab Bersatu (UAE), 29 Januari bagi menghadapi Iraq dalam satu perlawanan persahabatan yang telah diaturkan pada 1 Februari ini.

Selepas itu, Harimau Malaya akan bertandang ke Doha, Qatar untuk berdepan ujian sebenar iaitu menentang Qatar pada perlawanan kelayakan Piala Asia 2015 pada 6 Februari. UTUSAN


Untuk Tahu Lebih banyak Info TRW Yg Menarik Tekan Button Follow Di Bawah

Copyright © 2012-2013 The Red Warriors Fan Club