Sokong Bia Bijok, Napok Bijok, Betindok Bijok, Main Bijok, Bijok Sokmo.....Gomo Kelate Gomo

Jumaat, 30 November 2012

Fakta Bola Sepak Kelantan Yang Perlu Anda Ketahui

TRWFC
Salam Treble.

Jika ada 10-15 minit, dipersilakan baca post ini. Jika x, abaikan saja.

Merujuk kenyataan Datuk Alwi Ahmad, YB Kok Lanas merangkap Ketua Pembangkang DUN Kelantan semasa Perbahasan Ucapan Dasar Presiden UMNO di PWTC pada Khamis, 29 November 2012.

1- Kejayaan The Red Warriors pada hari ini adalah bukan disebabkan oleh UMNO per se, bahkan ia adalah disebabkan oleh 'perbezaan kualiti kepimpinan dalam menguruskan bola sepak daripada kepimpinan UMNO.'

2- Seingat saya, Presiden KAFA tidak pernah diisi oleh PAS, sama ada ketika parti itu menjadi Pembangkang di Kelantan apatah lagi sejak 1990 apabila PAS memerintah Negeri.

3- Pada tahun 1986-1990, bola sepak Kelantan di'Presiden'kan oleh Datuk Haji Ahmad Rastom Ahmad Maher yang merupakan Timbalan Menteri Besar Kelantan ketika itu. Di mana hebatnya bola sepak Kelantan pada zaman beliau?

4- Kemudiannya pada tahun 1991 apabila tampuk kepimpinan Kerajaan Negeri bertukar tangan, bola sepak Kelantan di'Presiden'kan oleh Datuk Wan Hashim Wan Daud yang merupakan orang UMNO tetapi masih memegang jawatan ini atas kapasiti sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang sememangnya jawatan SUK ini adalah daripada lantikan Kerajaan Pusat mengikut Perlembagaan Negeri. Zaman ini juga boleh dianggap sebagai zaman yang paling bermasalah apabila selalu sahaja berita-berita bola sepak Kelantan menghiasi dada-dada akhbar dengan tunggakan gaji pemain dan prestasi pasukan yang tidak menentu bahkan Kelantan pula selalu sahaja mendominasi kedudukan 5 tercorot Liga. Legenda Kelantan, Zahasmi Ismail atau Hashim Mustapha tentu ada banyak lagi cerita tentang zaman kepimpinan Datuk kita ini. Di mana hebatnya bola sepak Kelantan pada zaman beliau?

5- Bermula 2004, bola sepak Kelantan di'Presiden'kan pula oleh Datuk Jazlan Yaakub, Ketua UMNO Machang. Apa yang menarik, setahun selepas itu iaitu pada tahun 2005, Kelantan terhumban ke Liga FAM (level Liga yang paling tercorot dalam kancah bola sepak Malaysia) apabila Kelantan menduduki tangga tercorot dalam Liga Perdana. Di mana hebatnya bola sepak Kelantan pada zaman beliau?

6- Hanya pada tahun 2007, bola sepak Kelantan diberikan nafas baru apabila Tan Sri Haji Annuar Musa mula mengambil alih teraju. Ia dipacu selaras dengan visi dan misi beliau untuk menaikkan imej bola sepak Kelantan yang mana akhirnya telah menjadikan kita gah dan digeruni sehingga ke saat ini. Itupun terpaksa mengambil masa selama 2 tahun apabila hanya pada 2009 Kelantan berjaya melangkah ke Perlawanan Akhir walaupun tewas kepada Selangor dalam Piala FA dan Negeri Sembilan dalam Piala Malaysia. Tahun 2010 pastinya terpahat kukuh dalam memori sehingga kini apabila pada tahun inilah bola sepak Kelantan berada di kemuncaknya setelah berjaya merangkul Piala Malaysia buat pertama kalinya dalam sejarah, setelah kecewa pada Final tahun 1970 (kalah kepada Perak 0-2) dan Final tahun sebelumnya, 2009 (kalah kepada Negeri Sembilan 1-3). Pada 2011 ; Kelantan memulakan kempen dengan bergaya apabila berjaya merangkul Piala Sumbangsih dan Liga Super, kedua-duanya juga buat kali pertama dan ia dilengkapkan lagi dengan kejayaan Treble pada tahun ini apabila mempertahan gelaran Liga Super, menjulang kali pertama Piala FA dan kejayaan di Piala Malaysia melengkapkan dengan sempurna misi Treble yang diidam-idamkan.

7- Hakikatnya, bola sepak Kelantan pernah jatuh dan naik hasil daripada kebijaksanaan Pimpinan Persatuan yang takdirnya kesemuanya daripada UMNO. Untuk mengatakan hanya UMNO yang menaikkan bola sepak Kelantan (jenamanya ialah TRW) dan bukannya PAS adalah kenyataan yang fantasi, memandang sejarah dengan sebelah mata dan berhati busuk memandangkan Kerajaan Negeri dan Penyokong-Penyokong yang ada sebahagiannya daripada Penyokong PAS juga memberikan sumbangan, sama ada secara langsung atau tidak langsung, dari sekecil-kecil nilai melalui harga tiket dan pembelian jersi bola sehingga ke sebesar-besar nilai melalui pakej umrah.

8- Kenyataan bahawa Kerajaan Negeri Kelantan tidak menyumbangkan satu sen kepada bola sepak Kelantan juga adalah satu kenyataan berbaur kebencian, songsang dan lari dari fakta asal.

9- Pada 2009, Kerajaan Negeri mengumumkan pakej umrah kepada pemain/pegawai pasukan dan wang tunai dengan nilai yang sama kepada pemain-pemain yang bukan beragama Islam walaupun hanya menjadi Naib Juara Piala FA dan Piala Malaysia.

10 – Pada 2010, Kerajaan Negeri menghadiahkan RM 200,000 kepada pemain dan pegawai pasukan sebagai tanda penghargaan kepada pahatan sejarah kali pertama merangkul Piala Malaysia.

11- Pada 2011, Kerajaan Negeri turut menyampaikan sumbangan tunai (x ingat berapa) hasil kejayaan menjadi Juara Piala Sumbangsih dan Liga Super kepada pemain/pegawai pasukan yang ironinya majlis tersebut tidak dihadiri oleh Presiden dan hanya diwakili oleh Pengurus Pasukan, Tuan Haji Azman Ibrahim.

12- Pada 2012, dengan Kejuaraan Treble dirangkul, Kerajaan Negeri sekali lagi menyediakan pakej umrah kepada pemain/pegawai pasukan dan wang tunai dengan nilai yang sama kepada pemain-pemain yang bukan beragama Islam.

13- Di sebalik kata-kata hinaan yang dilontarkan, sepatutnya Datuk Alwi menghamburkan pujian kepada Kerajaan Negeri yang masih lagi berkemampuan untuk memberikan sumbangan kepada bola sepak Kelantan dalam keadaan kekangan kewangan yang terhad termasuk Royalti yang langsung tidak diberikan bahkan masuk pula melalui 'pintu-pintu tikus' iaitu melalui saluran Jabatan Pembangunan Persekutuan.

14- Hakikatnya, Datuk Alwi janganlah sesekali lupa tulang belakang TRW ialah Penyokong-Penyokongnya yang setia dengan 'Jersi No. 12'. Boleh jadi Datuk Alwi x pernah menonton perlawanan bola sepak yang melibatkan Kelantan apabila sentiasanya ada bendera-bendera PAS berkibaran, lebih-lebih lagi apabila melibatkan Perlawanan Akhir. Boleh jadi juga Datuk Alwi tidak pernah mengakses kepada laman sosial Presiden KAFA, Tan Sri Haji Annuar Musa yang terpaksa merayu berkali-kali kepada penonton melalui post demi post dalam pautan laman Facebooknya supaya para Penyokong tidak membawa bendera-bendera parti politik ke dalam stadium.

14- Apapun, apabila berbicara soal UMNO, entah kenapa saya asyik teringat kata-kata Sudin dalam Pendekar Bujang Lapok,"Alif Mim..,Nun tendang Wau = Sarkis."

15- Akhir sekali, Datuk Alwi janganlah lupa. Orang Kelantan lama dah hafal sifir, "wi kain, paka..wi gula, kuca..wi lembu, erek..wi kertas undi, suku kiro" + "bab bola, kito sokong Nua Muso tapi kalu bab Negeri, kito sokong rapat jik ko PAS."

16- Untuk sesiapa yang menyokong UMNO seterusnya Datuk Alwi dalam Group ini, saya mohon maaf andai post ini mengguris perasaan dan mengundang perasaan tidak senang kalian. Jika tidak setuju dengan apa yang saya katakan, balaslah dengan hujah, fakta dan sejarah yang betul..,"sokong bia bijok, napok bijok,meme bijok."
Credit:Zaki Sukery

Untuk Tahu Lebih banyak Info TRW Yg Menarik Tekan Button Follow Di Bawah

Copyright © 2012-2013 The Red Warriors Fan Club