Sokong Bia Bijok, Napok Bijok, Betindok Bijok, Main Bijok, Bijok Sokmo.....Gomo Kelate Gomo

Sabtu, 19 Januari 2013

Serangan Felda, Kelantan tidak menjadi

TRWFC
Jentera serangan tumpul! Itulah yang menjadi faktor utama perlawanan Felda United dan Kelantan berkesudahan seri tanpa jaringan di Stadium MBPJ, Petaling Jaya.

"Ini adalah keputusan seri kali kedua diperolehi Kelantan, dan saya harap Kelantan bermain lebih baik dalam perlawanan seterusnya. Saya betul-betul mahukan kemenangan," kata jurulatih Kelantan, Bojan Hodak selepas tamat perlawanan.

Kedua-dua pasukan beraksi hambar sepanjang sepuluh minit pertama dengan tiada gerakan dan percubaan merbahaya ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan.

Bagaimanapun, gergasi pantai timur itu meraih peluang terbaik menerusi gandingan Mohd Nor Farhan dan Indra Putra di minit ke-15. Farhan berjaya melorongkan bola dengan baik kearah gawang, namun larian Indra tidak menjadi dan dia terjatuh sebelum melakukan rembatan.

Di minit ke 21, gawang Kelantan cemas apabila Mohammad Ghaddar bijak melepasi pertahanan mereka, sebelum penyerang itu melakukan percubaan yang hanya sedikit tersasar.

Kad kuning terpaksa dilayangkan pengadil kepada pemain Felda, Azmizi Azmi kerana dia jelas menjatuhkan Zamri Ramli di minit ke-37.

Biarpun permainan banyak berlegar di bahagian tengah, Kelantan banyak membuat hantaran-hantaran menarik.

Kebuntuan mencari gol berlanjutan hingga ke separuh masa kedua. Kubu Felda terancam  di minit ke-60 apabila berlaku kelam kabut di depan gawang.

Dalam kekalutan itu Haris Safwan berjaya mencuri peluang untuk menewaskan penjaga gol Felda, Mohd Helmi, namun jaringan itu tidak dikira kerana ofsaid.

Sepakan percuma dihadiahkan kepada Kelantan selepas Daudsu dijatuhkan di minit ke-65, namun tendangan percuma yang diambil Badhri Radzi atau Piya mudah diselamatkan Helmi.

Selain hantaran-hantaran yang kurang tepat, beberapa pemain kedua-dua pasukan dilihat tergopoh gapah dan kerap melakukan kesilapan mudah ketika melakukan serangan.

Di penghujung permainan, Kelantan melancarkan serangan kilat sebelum Indra dijatuhkan dan tendangan Piya mudah ditepis.

Permainan semakin rancak. Obinna Nwaneri yang muncul dari belakang membuat lambungan kearah sudut gawang, sebelum ia sekali lagi diselamatkan Helmi.

Untuk Tahu Lebih banyak Info TRW Yg Menarik Tekan Button Follow Di Bawah

Copyright © 2012-2013 The Red Warriors Fan Club