Sokong Bia Bijok, Napok Bijok, Betindok Bijok, Main Bijok, Bijok Sokmo.....Gomo Kelate Gomo

Sabtu, 19 Januari 2013

Johor DT seri lagi

TRWFC
HASRAT skuad Johor Darul Takzim (Johor DT) untuk meraih kemenangan ke atas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada aksi Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin malam tadi musnah.

Mereka sekadar mencatat keputusan seri 2-2 meskipun Johor DT dilihat berpeluang meraih tiga mata penuh atas kelebihan beraksi di gelanggang sendiri, namun peluang tersebut tidak dipergunakan sepenuhnya.

Menurunkan kesebelasan utama yang dianggap terbaik, Johor DT bermula agak perlahan sehingga membenarkan ATM mendahului perlawanan seawal minit kelima.

Begitupun, tuan rumah tidak panik dengan kejutan ATM itu sebaliknya bangkit gagah untuk menguasai permainan.

Ia merupakan keputusan seri kedua berturut-turut buat skuad bimbingan Fandi Ahmad itu selepas seri 2-2 ketika berkunjung ke Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan Selasa lalu.

Pada aksi semalam, ATM yang juga juara Piala Sumbangsih awal bulan ini memperoleh gol pertama pada minit kelima menerusi rembatan Amiridzwan Taj Tajudin yang menewaskan penjaga gol Mohd. Zamir Selamat.

Rentak permainan Johor DT mula berubah sebaik pemain import, Daniel Guiza menyamakan kedudukan pada minit ke-17.

Guiza yang juga bekas penjaring terbanyak La Liga Sepanyol bijak mengambil kesempatan daripada kesilapan pertahanan lawan, Irwan Fadly Idrus yang gagal mengeluarkan bola dengan kemas daripada kawasan penalti sekali gus memberi peluang kepadanya untuk melakukan rembatan kencang menewaskan penjaga gol, Farizal Harun.

ATM kembali berada di hadapan setelah menjaringkan gol kedua pada minit ke-39 menerusi tendangan percuma Irwan Fadly Idrus.

Selang seminit, Johor DT kembali menyamakan kedudukan apabila Norshahrul Idlan Talaha menyepak masuk hantaran lintang Nurul Azwan Roya.

Sebelum perlawanan berakhir, Johor DT mempunyai beberapa peluang terbaik untuk menambah jaringan tetapi percubaan Mohd. Safee Sali, Norshahrul Idlan Talaha, Nurul Azwan Roya dan Guiza gagal disempurnakan dengan baik meskipun mempunyai kelebihan selepas ATM terpaksa beraksi dengan hanya 10 pemain selepas Mohd. Fitri Omar diarah keluar padang.Kosmo


Untuk Tahu Lebih banyak Info TRW Yg Menarik Tekan Button Follow Di Bawah

Copyright © 2012-2013 The Red Warriors Fan Club