Sokong Bia Bijok, Napok Bijok, Betindok Bijok, Main Bijok, Bijok Sokmo.....Gomo Kelate Gomo

Rabu, 23 Januari 2013

PBNJ dipelawa hubungi KAFA..

TRWFC

Kota Bharu: Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) boleh menghubungi Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) untuk mengaturkan perjumpaan bagi menyelesaikan pergeseran antara kedua-dua persatuan itu. 

Penasihat KAFA, Tan Sri Annuar Musa, berkata rundingan awal boleh dilakukan dengan Setiausaha Kehormat PBNJ, Suhairi Hashim mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Agung KAFA, Azman Ibrahim. 
Annuar yang dianggap sebagai bapa pembangunan bola sepak Kelantan berkata, mereka kemudian boleh mengaturkan pertemuan antara kedua-dua EXCO dalam menyelesaikan pergeseran yang terjadi sebelum ini. 

“Hanya dengan cara berkenaan boleh menyelesaikan pergeseran ini,” katanya ketika dihubungi, semalam. 


Komando demi keselamatan 



Pergeseran antara KAFA dan PBNJ berlaku selepas KAFA tidak berpuas hati dengan kehadiran beberapa komando bersenjata di Stadium Sultan Muhammad IV, untuk mengawal pemain Johor Darul Takzim (DT), pada 15 Januari lalu. 

Kenyataan daripada KAFA itu kemudian dibalas PBNJ yang mendakwa tindakan mereka membawa komando itu kerana KAFA gagal menyediakan kawalan keselamatan dengan baik kepada penyokong mereka ketika perlawanan antara Kelantan dengan Johor DT di stadium berkenaan. 
Sebelum ini, Annuar menyatakan pergeseran yang berlaku antara KAFA dengan PBNJ boleh diselesaikan dengan kedua-dua pihak bersemuka bagi membincangkan isu itu.
Untuk Tahu Lebih banyak Info TRW Yg Menarik Tekan Button Follow Di Bawah

Copyright © 2012-2013 The Red Warriors Fan Club