Sokong Bia Bijok, Napok Bijok, Betindok Bijok, Main Bijok, Bijok Sokmo.....Gomo Kelate Gomo

Khamis, 24 Januari 2013

Hodak mula perit hilang empat tonggak

TRWFC
Kota Bharu: Kehilangan empat pemain utama The Red Warriors (TRW) – Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo, Mohamed Ghaddar, S Chanturu dan Nurul Azwan Roya ternyata amat dirasai skuad itu dalam saingan Liga Super sehingga kini.

Ini diakui ketua jurulatih Kelantan, Bojan Hodak yang amat kecewa dengan ketumpulan jentera serangan TRW yang gagal mencipta kemenangan dalam empat daripada lima perlawanan Liga Super termasuk seri 0-0 dengan Negeri sembilan di Stadium Sultan Muhammad IV, malam kelmarin.
Gagal cipta kemenangan

“Saya berpuas hati dengan persembahan yang dipamerkan barisan pertahanan, tetapi jentera serangan tidak mampu melakukan penyudah tajam yang menyebabkan kami gagal mencipta kemenangan.

“Untuk musim ini kami tiada Mat Yo, Mohamed Ghaddar yang menjadi pemusnah utama pasukan musim lalu.

“Kami juga tanpa S Chanturu dan Nurul Azwan yang mampu membawa masuk bola ke dalam kotak penalti dan membuka peluang kepada pemain lain menjaringkan gol.

"Walaupun jentera serangan tidak menjadi, kami masih bernasib baik kerana barisan pertahanan TRW beraksi dengan cemerlang dan dapat mengelak daripada mengalami kekalahan,” katanya semalam.

Untuk Tahu Lebih banyak Info TRW Yg Menarik Tekan Button Follow Di Bawah

Copyright © 2012-2013 The Red Warriors Fan Club